in

Mengelak Ular Sawa, Bapa Dan Anak Maut Kemalangan

Ft Ular 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka apa yang akan berlaku dalam sekelip mata.

Seperti pasangan bapa dan anak perempuan ini, mereka bertembung dengan pacuan empat roda dan terbabas hanya kerana mahu mengelak ular sawa berhampiran Felda Jerangau, Dungun pagi tadi.


Mohamed Jenal, 61, dan anak perempuannya, Mardiah Mohamed, 26, dalam perjalanan dari rumah mereka untuk pergi ke Bandar Dungun lapor Berita Harian

Mereka dipercayai mengelak ular di Kilometer 61, Jalan Jerangau -Jabur sebelum terbabas ke laluan kanan dan bertembung dengan sebuah Mitshubishi Storm.

 

Capture 9 3

 

Setibanya pihak bomba ke kawasan kejadian mereka dapati kedua-dua mangsa tersepit dan sudah tidak bernyawa lagi.

“Ketika itu, kedua-dua beranak itu sudah meninggal dunia dan bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya,” – Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Zul Husni Abdul Rahman

 

Capture 1 11

 

Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Pemandu sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987, – Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah

Semoga kedua-dua mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

 

Baca : “Tak tergambar perasaan” Dua Beradik Terduduk Lihat Mangsa Kemalangan Maut Ibu Sendiri

Capture 9 2

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.