in

Mengejutkan! Suspek Pembunuhan Bukit Putus Didakwa Terlibat Kes Dera & Sembunyi Mayat 11 Tahun Lepas?

collage 28

Kes penemuan mayat seorang wanita di Bukit Putus pada 20 Mac lalu telah mendapat perhatian ramai orang, lebih-lebih lagi selepas penahanan suspek, pihak polis temui satu rangka kanak-kanak lima tahun dan dua mangsa dera ibu dan anak di hospital.

Ekoran dari ini, semalam dua suspek iaitu Khalid Redza Shuib yang berusia 41 tahun dan anak perempuannya berusia 18 tahun telah didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh Hanan Hasrul Izwan, 5 tahun dan Mariamah Abdullah Basam, 29 tahun.

FQNMETZUYAEQhRK

Selain itu, Khalid turut dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin dipercayai kekasihnya serta mendera dan mengabai anak lelaki Syarifah berusia setahun 8 bulan.

Untuk pengetahuan korang, rangka kanak-kanak yang ditemui adalah Hanan Hasrul Izwan yang juga merupakan anak kepada Syarifah.

Suspek pernah sembunyikan mayat 11 tahun lepas?

FQNQM2YVgAIfnww

Lebih mengejutkan, sebelum ini Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof pernah memberitahu bahawa salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau kes berlainan yang berlaku 11 tahun lalu.

Menerusi pencarian, Khalid Redza Shuib pernah diburu polis pada tahun 2011 selepas dia dipercayai menyembunyikan mayat seorang kanak-kanak perempuan dengan menanamnya di belakang rumah.

Ketua Polis Seremban pada ketika itu Datuk Osman Salleh mengatakan pihak polis hanya menemui mayat tersebut empat bulan selepas ditanam kerana ibu mangsa dikatakan tak mampu menghalang tindakan lelaki tersebut serta telah diugut dan dikurung.

FQNMETLVgAAGiQI

Ibu mangsa tidak mampu menghalang perlakuan teman lelakinya itu selepas dia diugut dan dikurung di dalam rumah berkenaan. Namun ibunya berjaya melarikan diri pada Jumaat lalu (11 November 2011) sebelum membuat laporan polis.”

Dikatakan, Khalid telah mendera kanak-kanak tersebut sehingga nazak dan meninggal dunia. Kerana panik, lelaki ini bertindak menanam mayat kanak-kanak ini di belakang rumahnya pada waktu tengah malam.

Ekoran daripada ini, Khalid telah didakwa di bawah Seksyen 201 kerana menyembunyikan mayat dan telah dipenjarakan selama tiga tahun.

Allahu, rupanya pernah ada kes yang sama! Harapnya mangsa-mangsa lain dapat pembelaan yang sewajarnya.

Sumber: Twitter, mStar, Awani

 

Baca: Pembunuhan Bukit Putus: Kejam! Polis Temui Ibu & Anak Didera, Suspek Utama Disyaki Terlibat

collage 23