in

“Mengarut!” – Dr Rafidah ‘Tegur’ Tindakan Lelaki Dakwa Lari 10km Boleh ‘Hilangkan’ Covid-19

Page Jogging New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Malaysia dah sepenuhnya dalam gelombang varian Omicron Covid-19, memang tak dapat dinafikan kes harian semakin meningkat malah ramai yang disahkan positif lepas diorang buat ujian kendiri RTK-Ag.

Kebiasaannya pesakit Covid-19 diwajibkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari untuk mengurangkan penularan virus tersebut kepada orang ramai di samping untuk memastikan diri sihat sepenuhnya.


Pun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial di mana seorang lelaki yang juga merupakan jurulatih gim mendakwa dengan lari sejauh 10km boleh hilangkan Covid-19 dalam masa kurang dari 24 jam.

Coach New

Coach 4

Video asal dari TikTok ini telah dimuatnaik di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai kerana menganggap lelaki tersebut tidak mengikut arahan kuarantin dengan betul dan mengancam orang awam.

“Tahu tak kenapa KKM sarankan 10 hari kuarantin? Jangan penting diri sendiri bang” – Ujar netizen di Twitter

“Ada juga manusia macamni… MENGARUT!”

Bukan itu sahaja, video tersebut juga telah menarik perhatian Dr. Rafidah Abdullah yang juga pakar perubatan Malaysia disebabkan tindakan ‘mengarut’ lelaki itu dengan lari sejauh 10km malah dia turut berikan sedikit ‘teguran’ berkaitan dengan tindakan tersebut.

Dia turut menegaskan bahawa ujian RTK-Ag merupakan ujian saringan dan sekiranya ujian PCR dilakukan, keputusan masih lagi akan positif. Malah, ketika disahkan positif Covid-19, risiko untuk mengalami serangan jantung juga adalah tinggi.

“Rehat, kekal hidrasi & makan makanan sihat. Is that too difficult to ask? Bukan pergi berlari jarak jauh” – Dr. Rafidah

Kalau korang nak lagi senang faham, korang boleh juga tengok video mengenai teguran yang sama yang dimuatnaik di akaun TikTok Dr. Rafidah sendiri iaitu di @rafidah72.

@rafidah72

Ada juga manusia yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ? #TikTokGuru #lindungidirilindungikeluarga

♬ The Climb – Miley Cyrus

Korang yang lain, jangan ikut ya tindakan abang ni… Make sure rehat cukup-cukup kat rumah tau? Bila lagi nak dapat rehat yang puas kan? Hehehe…

Baca: “Tak pernah perit macamni” – Nabila Huda Positif Covid-19 Sekali Lagi, Akui Simptom Kali Ini Lebih Sakit

Untitled 1 8

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.