in

Mengamuk & Hayun Parang Kepada Polis, Suspek Mati Ditemb*k Polis

lelaki mengamuk cederakan polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Sungai Petani mengamuk di rumah yang didiami bersama ibu bapanya dan susulan kejadian tersebut, bapa lelaki tersebut menghubungi pihak polis untuk datang membantu menenangkan lelaki terbabit, lapor Harian Metro.

Difahamkan, lelaki itu mengamuk kerana dia mengalami masalah kesihatan mental dan kejadian mengamuk itu berlaku kerana dia sudah lama tidak mengambil ubat.


Walau bagaimanapun, ketika pihak polis datang ke rumahnya untuk menenangkan lelaki tersebut, dia masih mengamuk sehingga dia bertindak agresif dengan menggunakan parang dan ia dihayun kepada empat orang anggota polis berkenaan.

Keempat-empat anggota polis tersebut mengalami kecederaan di bahu, kepala, pinggul dan tangan.

11 2

Artikel berkaitan : Lelaki Tumbuk Skrin Mesin ATM Sampai Pecah Sebab Mabuk

Artikel berkaitan : Kes 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Nenek Nak Saman Pemandu Mabuk

Difahamkan juga, pihak polis yang mahu mempertahankan diri daripada hayunan parang oleh lelaki tersebut terpaksa melepaskan tembakan kepada lelaki berkenaan.

Kemudiannya, suspek terus dibawa ke hospital untuk dirawat namun dia disahkan meninggal dunia semasa dirawat.

Menurut jiran lelaki itu, mereka sebelum ini tidak mengetahui bahawa lelaki itu menghidap sakit mental kerana sepanjang hampir setahun lepas dia mula tinggal dengan ibu bapanya, dia tidak bergaul dengan jiran-jiran dan dia juga seorang yang pendiam.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.