in

“Menantu kali ini tak b*ngsat” – Chef Wan Suka Dengan Suami Serina Sampai Nak Belanja Dapur

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang mengikuti Instagram Chef Wan, lelaki jenis cakap lepas ini jarang sorokkan perkara yang berlaku dalam hidup dia dan anak-anak.

Macam sebelum ini, Chef Wan telah meluahkan kekecewaannya selepas anaknya Serina dikatakan telah berkahwin tanpa pengetahuannya dengan seorang pegawai polis Meor Mohammad Aidid menjadi isteri kedua.


Bagaimanapun, menantunya itu dikatakan telah pun menceraikan isteri pertamanya dan Serina menafikan bahawa dia berkahwin di Thailand sebaliknya majlis tersebut diadakan di Perlis.

https://www.instagram.com/p/CcPYogyrBF-/

“Menantu kali ini tak b*ngsat”

Baru-baru ini melalui Instagram peribadi, Chef Wan telah kongsikan gambar Serina dan suaminya yang sedang berbuka puasa di sebuah restoran terkemuka.

Chef Wan menceritakan yang pasangan ini telah pun membeli sebuah rumah di Perlis dan rumah tersebut kini sedang diubah suai.

Selain itu, Chef Wan turut berkata yang dia telah memberikan sejumlah wang untuk membantu mereka menyiapkan dapur rumah dan akan membelikan sofa baru untuk ruang tamu.

Tak cukup dengan itu, Chef Wan turut memuji sikap menantu barunya itu yang dikatakan tak sombong dan peramah.

Menantu kali ini tak “b*ngsat” senang nak di ajak berbicara. Not an arrogant or as orang putih kata a d*ck head!”

https://www.instagram.com/p/CcbzFpovCje/

Lelaki ini turut menegaskan yang dia memang merupakan seorang yang pemurah namun tegas dengan orang yang kurang ajar atau biadap.

Saya jenis always generous and giving. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadap. Nanti saya tahu nak ajar manusia2 mcm tu.

“Walau pun in the eye of the law is wrong to exposed their wrong doing kata my lawyer. Jika bersalah bayar la saman pun tetapi saya tetap bercerita perkara yg sebenarnya!”

Rata-rata netizen di ruangan komen turut memuji sikap Chef Wan dan mengatakan lelaki ini telah menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa dengan baik.

 

Baca: “Such lakunan drama dia ni” – PANAS! Chef Wan Dedah Menantu Tipu Konon Kahwin Pakai Duit Sendiri?

Collage 31 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.