Bintang Selangor FC, Faisal Halim mencuri tumpuan hari ini apabila muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar selepas insiden simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Runtun jiwa lihat proses pemulihan Faisal Halim
Dalam sidang media terbabit, Selangor FC turut berkongsi mengenai kronologi dan situasi semasa membabitkan Faisal Halim.
“Jujur cakap saya sedih dengan apa yang berlaku” – Faisal Halim#AWANInews pic.twitter.com/suxjGaofgw
— Astro AWANI (@501Awani) June 13, 2024
Difahamkan keadaan semasa Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey menunjukkan pemain itu tidak dapat menggunakan tangan kiri ekoran terkena asid jenis sulfurik yang disimbah.
Artikel berkaitan: “Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu” – Faisal Halim Buat Penampilan Sulung Selepas Tragedi Simbah Asid
Artikel berkaitan: “Sepatutnya 9 pembedahan tapi..” – Luka Faisal Halim Belum Kering, Tunjuk Perkembangan Positif
Dapat dilihat keadaan luka di tangan dan parut di muka pemain berusia 26 tahun itu menceritakan seribu satu kesengsaraan yang dialami selama sebulan sejak insiden tersebut berlaku.
Dalam sidang media itu juga, turut dipaparkan perkembangan pemulihan muka, lengan dan dada Faisal Halim.
Progress pemulihan muka FH. Teruk jugak ni.
Stay strong FH. 💪💪 Semoga pelaku diheret dan ditangkap. pic.twitter.com/hX6EWPX4hT
— brgsjks (@brgsjks) June 13, 2024
Tambah Faisal, dia sendiri enggan mengingat kembali kejadian tersebut kerana ia merupakan satu tragedi yang sangat gelap buat diri, keluarga dan juga kariernya.
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian gambar itu meluahkan rasa pilu dan mengecam tindakan pelaku yang telah melakukan perbuatan kejam terhadap individu yang tidak bersalah.
Min pun tak sanggup nak tengok keadaan Faisal Halim ketika itu. Semoga beliau terus kuat dan dipermudahkan urusan.
Sumber: X