in

“Menang, salah. Kalah, salah” – Najib Kecewa Apa Yang Dibuat BN Dianggap Serba Tak Kena

Najib Razak Salah Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut politik di negara kita nampaknya masih tidak berkesudahan apabila sungguhpun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah selesai, tiada parti politik yang dilantik menjadi Kerajaan walaupun sudah 4 hari berlalu.

Terbaru semalam, demi menyelesaikan kemelut ini, Yang di-Pertuan Agong telah memanggil 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk sesi menghadap berhubung keputusan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti sebagai Perdana Menteri.


Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Coronation Afp 1717512 20201025185519 1812291 20210730080334

Hal ini kerana, dengan sokongan Ahli Parlimen BN inilah, salah satu dari parti sama ada PH atau PN mampu membentuk kerajaan dengan mencapai majoriti mudah seperti yang dimahukan.

“Buat ini, salah. Buat itu, salah. Tak buat apa-apa, lagi salah” 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walau bagaimanapun menerusi Twitter telah meluahkan rasa kecewanya dengan situasi yang berlaku kepada parti tersebut.

Menurutnya, apa saja yang dilakukan parti berkenaan dilihat serba tak kena dan segala keputusan yang dibuat juga bukanlah satu pilihan yang mudah buat BN.

Namun tweet berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mempersoal bagaimana bekas PM tersebut boleh menggunakan Twitter sedangkan kini dia menjalani hukuman penjara.

Internet

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak telah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mungkin dia guna khidmat admin kot korang. Takkanlah dalam penjara boleh tweet. 

Baca: “Jasaku tidak dikenang” – Jamal Yunos Rasa Tidak Dihargai Lepas Kalah PRU15

Jasa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.