in

Menang Dalam Keputusan Rayuan, Hidayah Minta Ali Puteh Jangan Lengahkan Bayaran

ft ali puteh hidayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri Allahyarham Abam, Nor Hidayah meminta pelawak Ali Puteh untuk tidak lengahkan urusan pembayaran ganti rugi sepertimana yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Hidayah atau nama sebenarnya Siti Norhidayah Mohd Ali turut menyatakan bahawa keputusan rayuan mahkamah berkenaan dengan ganti rugi itu memihak kepadanya.


 

Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi

Dalam perkongsian tersebut, Hidayah juga meluahkan rasa syukur terhadap keputusan yang mahkamah lakukan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.”

“Semoga pihak disana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan.”

Dalam masa yang sama, Hidayah turut mendoakan agar dia bersama anaknya Hamzah dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah.”

https://www.instagram.com/p/Cm_BCyMP34Y/

Untuk rekod, Hidayah telah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan pelawak tersebut di laman sosial kerana telah menjatuhkan maruahnya.

Perkongsian itu menggambarkan bahawa Hidayah adalah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya, lapor mStar.

Pada 18 Februari tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan telah membenarkan tuntutan saman yang dibuat oleh Hidayah terhadap Ali.

Ali atau nama sebenarnya Syed Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung dengan ganti rugi sebanyak RM60,000.

Baca : Gara-gara Hidayah Beli Vellfire Baru, Ali Puteh Disindir & Dimaki Hamun Netizen

ft ali puteh respon hinaan netizen 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.