Meskipun negara-negara Eropah yang lain kini dalam perintah berkurung kerana wabak Covid-19, Sweden bagaimanapun masih belum mengambil langkah yang sama. Menurut The Sun, saintis kini memberi amaran bahawa tindakan mereka yang tidak melalui perintah berkurung akan membawa malapetaka kepada negara itu.
Dalam gambar-gambar yang menunjukkan keadaan terkini di bandar Stockholm, masih ramai dilihat yang berkumpul dan bersosial di tempat awam. Malah restoran, sekolah, kelab malam, pub, gereja dan panggung wayang juga masih beroperasi seperti biasa.
Sweden setakat ini mencatatkan 4,435 kes Covid-19 dengan 180 kematian namun kerajaan mereka berpendapat perintah berkurung akan menyebabkan masalah besar terhadap ekonomi negara itu.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menyenangkan pihak perubatan di Sweden di mana lebih 2,000 doktor, saintis dan profesor telah melakukan petition untuk menggesa kerajaan agar menjadi lebih tegas serta mengambil tindakan yang lebih ketat.
Seorang profesor berkata,
Kita tidak lakukan pemeriksaan, kita tidak kuarantin seperti yang sepatutnya – kita biarkan virus itu ‘bebas’. Perkara ini akan menyebabkan berlaku malapetaka nanti.”
Bagaimanapun, Ketua Epidemiologi Anders Tegnell menegaskan polisi kerajaan akan terbukti berkesan selain turut berkata sudah mencuba untuk memperlahankan penularan wabak ini.
Kami sudah mencuba memperlahankan penularan wabak ini jadi pesakit yang perlu dirawat masih terkawal.”
Tiada bukti yang mengatakan akan berlaku perbezaan sekiranya kita lakukan lebih daripada apa yang kita lakukan sekarang.”