Lebih 300 banduan disahkan positif Covid-19 di Filipina dan kebanyakannya adalah di Cebu dengan sekurang-kurangnya 4 kematian manakala staf penjara juga ramai turut disahkan telah dijangkiti virus itu.
Menurut Al Jazeera, pada Sabtu lepas Hakim Mahkamah Agung Bersekutu, Mario Victor Leonen memberitahu media bahawa lebih kurang 10,000 orang banduan dibebaskan dalam usaha untuk melawan penularan Covid-19 dalam penjara di negara itu.
Filipina merupakan salah sebuah negara yang mempunyai peratusan penjara paling padat di dunia. Seramai 9,731 telah dibebaskan namun mereka ini adalah yang telah dipilih mengikut kriteria. Laporan mengatakan antara kriteria tersebut adalah:
- Banduan yang dihukum penjara selama 6 bulan dan ke bawah
- Banduan warga emas
- Banduan yang sakit
Pada 17 Mac hingga 29 April mereka ini telah dibebaskan secara berperingkat selepas pihak berwajib sedia maklum bahawa sangat mustahil untuk mereka mengamalkan penjarakan sosial di dalam itu.
Mana tidaknya, sel-sel kebanyakannya didiami oleh banduan yang terlalu ramai sehingga mencapai 5 kali ganda daripada kapasiti yang dibenarkan. Ketika dihubungi Al Jazeera, salah seorang banduan berusia 61 tahun berkata,
Kami hanya tunggu masa nak mati saja. Tiada apa yang dapat bantu, kami seperti menunggu virus itu datang.”
Meskipun topeng mulut sudah diedarkan kepada setiap banduan namun mereka tidak pakai kerana kurang selesa dalam keadaan panas terik dan ruang yang padat.