in

“Memang real” – Ramai Teruja Dapat Saksikan Fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ Di Sekitar Putrajaya & KL

page ekuinoks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang terbayang macam mana rupa objek yang tak ada bayang walaupun ada kat tempat yang terik?

Pada pagi 28 Mac, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengeluarkan kenyataan yang mana orang ramai di Malaysia akan mengalami fenomena ekuinoks atau ‘Hari Tanpa Bayang’ di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam.


“Betul woi tepat 1.19pm bayang hilang!”

Teruja dengan berita yang disampaikan, orang ramai tak ketinggalan menantikan waktu seperti yang dinyatakan iaitu pada jam 1:19 tengah hari di Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala di Shah Alam pada 1:20 tengah hari.

Ternyata ramai juga yang turut kongsikan kejadian fenomena itu secara live di media sosial masing-masing. Contohnya, korang boleh tengok kat akaun Twitter milik @tauhidaziz ni, yang mana dia sempat rakam kejadian tersebut!

Dari video tersebut jelas kelihatan tiada bayang di bawah kereta yang lalu-lalang pada ketika itu dan ianya telah menarik perhatian netizen yang teruja dengan mengatakan lelaki ini bertuah kerana dapat menyaksikannya depan mata!

“Tak sangka real benda ni… Ingatkan boleh tengok dalam TV je” – Komen netizen

twt full 8

Turut ada juga yang kata fenomena ekuinoks ini mengambil masa yang lama untuk disaksikan oleh orang ramai kerana menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ianya berlaku apabila matahari berada tepat di atas sesuatu objek di atas sepanjang garisan khatulistiwa pada sesuatu masa.

Untung lah siapa yang dapat tengok tu! Min pulak yang jeles… Huwaaa!

Baca: “Patutlah panas!” Malaysia Alami Cuaca Panas Kerana Ekuinoks?

untitled 1 16

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.