Pernah tak korang rasa nak marah dengan adik sendiri sebab dorang buat hal? Kalau pernah, samalah macam seorang lelaki ni yang kongsikan cerita tentang adik dia baru-baru ni.
Menurut Syafiq, adiknya yang bernama Syuhada itu masih bersekolah Darjah 3. Satu hari, mak dorang ada terima panggilan daripada guru kelas dan laporkan sesuatu pasal adik dia.

Bila datang ke sekolah, cikgu tunjukkan sejumlah wang yang dah diikat bersama dengan sekeping nota milik Syuhada. Kata cikgu tu, mereka dapat tahu yang adik dia nak dermakan semua duit simpanan dekat salah seorang kawan.
Kata Syafiq, pada mulanya dia rasa nak marah adik bongsu dia tu tapi bila dia dapat tahu penjelasan Syuhada, dia tersentak dan sebak.
Rupa-rupanya Syuhada nak dermakan semua duit yang dia simpan tu sebab kawan dia accident. Kemalangan tu menyebabkan kawan dia kehilangan ibu dan adiknya putus kaki.
Dalam gambar yang Syafiq upload dekat Twitter tu boleh nampak sekeping nota yang ditulis sendiri adiknya dan sejumlah duit yang dah disusun dan diikat kemas. Tak dinyatakan berapa jumlah keseluruhan duit simpanan Syuhada tapi dalam ikatan tu ada beberapa keping RM10, beberapa keping RM5 dan juga beberapa keping RM1.

Ramai netizen puji sikap Syuhada dan terharu dengan niat baik kanak-kanak itu. Walaupun masih bersekolah tapi dah faham kesusahan orang lain dan nak bantu. Dorang juga puji mak mereka kerana berjaya didik anak-anaknya menjadi insan yang memahami dan tidak berkira.

Mulianya hatimu adik Syuhada… Bak kata seorang netizen, jarang orang nama Syuhada ni jahat. Selalunya mesti baik-baik…
Baca: “Mulia hatimu nak” – Cikgu Terharu Tengok Anak Murid Sanggup Dukung Kawan Autistik Dalam Hujan