in

“Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi

Ft Resepi Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketepikan Rembayung sekejap, memandangkan Ramadan menjelang tiba, Khairul Aming pastinya merupakan individu utama yang menjadi rujukan utama dengan cadangan resepi untuk juadah berbuka puasa.

Seperti yang kita sedia maklum, Khairul Aming hari ini ada lagi kongsikan resepi baharu yang pastinya membuatkan ramai terliur iaitu Roti Mantou cicah kuah Buttermilk.


Artikel berkaitan: “Air bukan masuk melalui cermin” – Restoran Rembayung Bocor Ketika Hujan Lebat, Ini Penjelasan Daripada Kontraktor  

Artikel berkaitan: “Aku nak menyamar jadi cleaner la” – Guard Depan Premis Bertuah Dapat Makan Di Rembayung

“Korang dah balik dari supermarket? Haa jom pergi lagi sekali and beli roti mantou” – Khairul Aming

Dalam perkongsian itu, di samping panduan dan visual yang menggiurkan, Khairul Aming sempat berseloroh dengan meminta pengikutnya untuk mendapatkan roti mantou itu di pasar raya.

Dalam pada itu, ramai netizen yang mula ‘geram’ kerana dalam tempoh dan waktu Khairul Aming muat naik hantaran ini, mereka ramai yang sudah selesai membeli barang mentah untuk berbuka puasa hari ini.

Malah ada juga berseloroh bahawa Khairul Aming ini seolah-olah ‘menekan’ pengikutnya untuk terus mencuba resepi baharu.

Screenshot 2026 02 20 165350 Screenshot 2026 02 20 165424

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.