in

“Memalukan mak bapak je” – Gadis 21 Tahun Tak Tahu Malu Kencing Dalam Train, Lepas Tu Lap Tangan Dekat Seat

Kencing Dalam Train

Buat malu mak bapak je!

Satu video Snapchat kini tersebar luas di internet menunjukkan seorang gadis melakukan sesuatu yang jijik dan tidak bermoral di tempat awam. Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku di Sydney dan gadis berusia 21 tahun itu dirakam kencing di dalam koc sebuah keretapi.

Melalui video rakaman Snapchat yang pendek itu, gadis tersebut dilihat sedang mencangkung di celah dua tempat duduk dan menadahkan tangan kiri untuk ‘bermain’ dengan air kencingnya sendiri.

Kenc2

Sambil tertawa melakukan tindakan tak bermoral itu, air kencing dia boleh dilihat meleleh atas lantai di sekelilingnya. Bukan itu saja, lepas dah ‘selesai’ dengan selamba gadis itu lap tangan kirinya di tempat duduk tepi dia!

Polis New South Wales sudah maklum tentang video itu yang tersebar di internet dan kini sedang melakukan siasatan. Mereka turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk terus hubungi pihak berkuasa.

Kenc1 Kenc3

Facebook dan profil LinkedIn gadis yang bekerja sebagai perancang majlis itu turut tersebar namun video tersebut dikatakan telah pun dipadam. Salah seorang rakannya berkata,

Saya rasa semua orang berpendapat tindakan itu dikira sebagai buli dan gangguan, jadi video tersebut harus dipadam dengan kadar segera.”

Ramai yang memberikan komen negatif di Facebook selepas video itu dimuat naik dengan kapsyen ‘Happy International Women’s Day’. Rakannya juga berpendapat komen-komen yang diberikan adalah ‘jijik’.

Seorang individu berkata tindakan itu ‘liar’ dan menunjukkan perangai sebenar gadis berkenaan dan seorang lagi turut berkata sudah tentu tindakan dia memalukan ibu bapanya.

Video tindakan tak bermoral itu boleh ditonton di sini. Geli gila okay, jijik betul perangaiiii!

Baca: “Manusia ke tu? Selalu binatang macam tu” – Menjijikkan! Remaja Dirakam Kencing Sesuka Hati Dekat Kedai Dobi!

Ah Gila

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail