Semenjak dua menjak ni, nama pelakon cantik manis, Mira Filzah asyik saja menjadi sebutan ramai gara-gara ada yang mengatakan dia kini sudahpun berpunya.
Mira Filzah juga tidak menolak kemungkinan bakal berkahwin pada tahun ini dan hanya berserah kepada Allah. Namun pada masa yang sama, kita sebagai peminat ni mesti berteka-teki kan, siapakah gerangan lelaki yang bertuah tu??
https://www.instagram.com/p/B68KZHOBY3e/
Mira buat kemunculan pertama dengan ‘si dia’ di majlis perkahwinan Farah Nabilah?
Berita yang baik pastinya lambat laun akan tersebar juga kan. Baru-baru ni, viral beberapa keping gambar pelakon yang terkenal dengan drama Adellea Sofea ini dengan ‘si dia’ di majlis resepsi Farah Nabilah.
Ini merupakan kemunculan pertama Mira bersama jejaka tersebut di khalayak ramai dan menurut satu portal hiburan, lelaki itu bakal bertunang dengannya pada September tahun ini. Waaah!
Anak Ahli Parlimen dan bekerja sebagai arkitek?
Menurut Berita Harian, lelaki tersebut merupakan anak Ahli Parlimen dan setelah diselidik, beliau rupanya anak YB Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Wan Emir Astar ialah anak kepada Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad yang merupakan bekas MP yang sama dan telah meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sarawak pada tahun 2016 dulu.
Wan Emir ni bukan calang-calang orangnya. Dia katanya seorang arkitek dan mempunyai firma seni bina tersendiri. Emir dan Mira juga merupakan sahabat lama semasa zaman belajar dulu dan hubungan persahabatan mereka dikatakan terputus selepas Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ah gitu…
Buat masa ini, Mira Filzah masih memilih pendirian untuk berdiam diri dan tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai jejaka yang sedang berhubungan dengannya itu. Menurutnya, selagi belum ada kepastian, dia harus hormat permintaan kedua-dua keluarga.
So jejaka kat luar sana macam mana? Tengah layan lagu patah hati ke tuuu?