Semalam agak kecoh di media sosial bila Cleopatra tunjukkan skill memasaknya tapi tak kena di mata netizen.
Rata-rata netizen banyak yang mengecam wanita ini kerana masa dia buat tutorial cara nak masak char keuy teow, Cleo telah masukkan udang dulu sebelum masuk cili. Haih macam-macam eh?
Ekoran dari kecaman bertubi-tubi yang dia terima, Cleo telah memuatnaik satu lagi tweet meminta netizen untuk tengok videonya di YouTube sampai habis dulu sebelum judge.
Saya tak ada masa nak tumis cili setiap kali saya masak. Saya buat asing. Sebelum awak nak judge, tengok dulu video sampai habis di YouTube Channel saya.”
“Melayu dengan dengki berpisah tiada.”
Penjelasannya ini telah mendapat reaksi beberapa netizen yang menyokong wanita ini dan meminta supaya Cleopatra banyak bersabar dan terus jadi dirinya sendiri.
Ada betulnya jugak, lain orang lain cara masaknya. Dari kita sibuk kutuk cara dia masak baik tolong dia cari pusat tahfiz untuk dia bagi makanan. Besar pahala…