Kalau rumah atau kereta korang kena pecah masuk dengan perompak, mesti korang rasa cemas, kan?
Lain pula bagi seorang wanita ini apabila keretanya telah dirompak namun reaksinya nampak tenang seolah-olah reda dengan ujian yang menimpa.
Nampak tenang walau kereta kena rompak
Hantaran video yang dimuat naik oleh @surih4ti di TikTok menunjukkan keadaan kereta kesayangannya yang sudah dirompak. Menurutnya, perompak itu telah mengambil ‘Andriod Player’ yang dipasang dalam kereta.
Sejujurnya, kan.. aku patut rasa apa eh? Dia rompak kereta aku, lepas tu dia ambil Andriod Player aku.. Ya Allah, ujian apalah ni.
Bagaimanapun, wanita itu memberi pesanan ringkas kepada si perompak untuk mengemas semula keretanya telah dirompak.
Kau dah tahu kau sepahkan kereta, kau boleh kemas balik?
Tinted kereta sudah dicabut
Dalam video lain di TikTok, wanita itu menjelaskan kereta tersebut pernah dipasang tinted gelap namun disebabkan ia tidak memenuhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dia terpaksa membuka semula tinted tersebut.
Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Melambung Setinggi Tiang Lampu Maut Lepas Dirempuh Kereta Di Muar
Artikel berkaitan: Keluarga Cemas Tertinggal Anak Tidur Dalam Kereta, Tersedar Selepas 15 Minit
Dulu selam 3 tahun I drive, I pakai tinted 90% gelap. So, kalau suluh lampu dari luar tetap tak tahu dalam kereta tu ada apa. Sebab kena JPJ hari tu, I cabutlah. So, dari luar boleh nampak ada Android Player dalam tu.
Dia menasihati orang ramai supaya memasang tinted yang gelap sekiranya ada Android Player di dalam kereta. Dia juga telah membuat laporan polis selepas kejadian tersebut dan pihak polis memberitahu ada kes yang sama berlaku di kawasan itu.
Sarjan tu cakap I orang kedua buat report kereta kena pecah. Maksudnya, hari ni dah dua orang kena pecah kereta dan ambil Android Player. So, bukan I sorang je yang kena. Tempat I parking ada banyak kereta tapi yang kena kereta I dengan kereta yang satu lagi.
https://www.tiktok.com/@surih4ti/video/7347187889127656711
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen memuji wanita itu nampak tenang walaupun diuji sebegitu.
Tenang betul sis ni.. kalau min tak keruan dah!
Sumber: TikTok