Saban tahun kita akan dapat lihat ramai netizen yang bengang apabila makanan yang dibeli dari Bazaar itu sangat lah teruk. Paling common sekali karipap inti oksigen, makanan berulat, nasi berlendir dan macam-macam lagi lah.
Bahkan, saban tahun, ramai yang mengeluh dengan harga makanan di Bazaar yang makin lama makin tak masuk akal. Alasan faktor ekonomi negara memang tidak boleh dipakai kalau kualiti dan kuantiti makanan teruk.
Artikel berkaitan : Netizen Geram Peniaga Bazar Ramadan Aniaya Pelanggan, Pulut Panggang Didakwa Keras Macam Kayu
Artikel berkaitan : Peniaga Bazar Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Harga Juadah Naik, Netizen Kata Nak Boikot
Bagaimanapun satu video tular memperlihatkan seorang lelaki dari negara jiran menunjukkan harga jualan di sebuah gerai ini telah membuatkan dia rasa terkejut kerana kesemua harga menu makanan yang ada di gerai ini dijual hanya dengan RM1 sahaja.
Disebabkan bulan Ramadhan dia jual murah. Nasi lemak RM1 dekat bazaar. Ini dah melawan hukum bazaar 😂 pic.twitter.com/7yKGOzNWOM
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) March 17, 2024
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terkejut dan sukar untuk mempercayainya, ini kerana faktor dan aspek lain seperti harga tapak sekarang juga mahal dan agak mustahil untuk diberikan harga semuarah itu.
Hurm, kalau ikutkan memag agak tertanya-tanya juga lah kot sebab terlalu murah untuk tahun 2024 ni, tapi mungkin rezeki dia lah, ataupun kuantiti sikit, tak apa lah asalkan pelanggan puas hati kita ok je.
Sumber : X