Minggu lepas telah berlaku rusuhan di Jakarta, Indonesia dan kejadian itu dipercayai telah dirancang oleh kelompok tertentu. Menurut laporan, kumpulan perusuh tersebut dikatakan membantah keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019).
Mereka tidak berpuas hati di atas kemenangan Jokowi kerana dakwaan yang mengatakan Islam bakal terancam, ulama akan dizalimi dan orang Cina akan menguasai Indonesia jika sekiranya Jokowi yang mentadbir.

Rusuhan pada 22 Mei lepas telah membuatkan ramai mengimbau tragedi hitam yang berlaku pada Mei 1998. Tahukah korang pada tahun 1998 telah berlakunya rusuhan di Jakarta? Yes, lebih 20 tahun yang lepas!
Rakyat tak suka Suharto
Pada ketika itu, Indonesia ditadbir oleh Suharto dan sepanjang tahun 1970 hingga 1980an beliau mendapat sokongan padu daripada rakyatnya. Tapi, sokongan itu berkurang menjelang akhir tahun 1998. Rasuah yang berleluasa menjadi salah satu punca rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan Suharto.

Krisis kewangan 1998
Masih ingat dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998? Itu adalah salah satu punca kepada berlakunya rusuhan di Jakarta pada masa itu. Malaysia yang ditadbir oleh Tun Dr. Mahathir pada ketika itu berjaya mengatasi masalah tersebut namun Indonesia adalah antara negara yang paling teruk terjejas.
Mata wang Rupiah jatuh sangat teruk dan menyebabkan ekonomi Indonesia jatuh merudum. Hasilnya, 20% rakyat Indonesia kehilangan kerja dan meningkatkan kadar pengangguran serta kemiskinan.
Tokoh politik salahkan Suharto
Lebih mengeruhkan keadaan, tokoh-tokoh politik terkemuka negara tu telah menuduh Suharto sebagai punca berlakunya krisis which lead to permasalahan ekonomi dan politik yang semakin memburuk.
Mahasiswa mahu Suharto undur diri


Disebabkan keadaan krisis tersebut, ramai mahasiswa di Indonesia pada ketika itu telah membuat demonstrasi aman pada 13-15 Mei 1998. Demonstrasi itu memaksa agar Suharto undur diri dan letak jawatan sebagai Presiden. Pada ketika itu, Suharti telah pun mentadbir Indonesia selama 31 tahun lamanya.
Demonstrasi bertukar rusuhan
Kerana kekecohan demonstrasi itu, 4 pelajar dari Universiti Trisakti telah ditembak mati menyebabkan puluhan ribu mahasiswa berkumpul dan bersepakat untuk memulakan rusuhan memaksa Suharto meletakkan jawatan.



Ketika itu, Suharto berada di Mesir atas urusan kerja namun sempat memberi kenyataan,
“Kalau memang rakyat tidak lagi menghendaki saya sebagai Presiden, saya siap mundur. Saya tidak akan mempertahankan kedudukan dengan kekuatan senjata. Saya akan mengundurkan diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa dan dengan keluarga, anak-anak dan cucu-cucu. Tetapi, semua itu harus dilakukan secara konstitusional. Kalau ada yang ingin melakukannya secara inkonstitusional, itu berarti mengkhianati Pancasila dan UUD 1945.”
Kedai, bangunan dan kenderaan dibakar
Menurut Medium, perusuh pada mulanya bertindak membakar sebuah trak sampah di jalan raya dan seterusnya bergerak menuju Mall Ciputra di Jakarta. Di sana, mereka telah menyerang pihak yang menjaga kawasan terbabit dengan membaling botol, batu dan macam-macam lagi. Kenderaan milik pelajar Universiti Tarumanegara dan Trisakti yang diletakkan di bahagian belakang Mall Ciputra pun turut dibakar.


Secara keseluruhan, 15 kereta hangus, 1 kereta terbakar dan 9 kereta telah hancur. Pihak polis juga berkata sekurang-kurangnya 1,000 orang telah terkorban disebabkan rusuhan itu. 20 orang daripada keseluruhan mangsa maut ketika cuba selamatkan diri dari kedai yang dibakar oleh perusuh.

Rusuhan merebak, wanita dirogol
Menurut laporan, rusuhan menjadi teruk dan tersebar hingga ke Medan dan Surakarta di mana ribuan bangunan telah dibakar. Ratusan wanita berketurunan Tionghoa telah dirogol dan mengalami gangguan seksual dalam rusuhan tersebut.
Lebih buat kecoh, seorang aktivis kemanusiaan, Ita Martadinata Haryono, 18, yang juga salah seorang mahasiswi turut dirogol, diseksa dan dibunuh. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 168 orang perempuan telah dirogol.
Pemerkosaan ‘didiamkan’, perusuh terlepas
Bukan setakar rogol, tetapi mangsa turut mengalami keganasan seksual seperti alat kelamin diseksa dengan benda tajam, anal dan juga oral. Bagaimanapun, pemerkosaan yang berlaku seolah-olah sengaja ‘didiamkan’ kerajaan Indonesia dan beberapa suspek yang dikatakan menjadi penyebab berlakunya rusuhan itu dilepaskan begitu saja.

Bertukar sentimen agama
Kemerosotan ekonomi dan ketegangan politik membuatkan rusuhan semakin teruk dan perusuh turut menyasarkan tempat tinggal serta perniagaan rakyat berbangsa Cina.
Pada pandangan pribumi Indonesia, bangsa Cina ini semua adalah golongan pendatang tetapi mendapat banyak manfaat ketika Suharto mentadbir negara. Difahamkan ketika itu, 80% rakyat Cina menguasai perdagangan sektor swasta Indonesia meskipun mereka cuma 3% daripada populasi di Indonesia.
Rusuhan dipercayai dirancang oleh tentera
Few months after berlakunya rusuhan tu, pasukan khas diberi nama Pasukan Gabungan Pencari Fakta (TGPF) ditubuhkan untuk mencari dalang sebenar. Selepas siasatan dilakukan, mereka mendapati perusuh yang terlibat memulakan pembakaran, gangguan seksual dan sebagainya ni majoritinya adalah tentera!

Lepas tu ada pula teori lain yang mengatakan rusuhan tu berlaku sebab persaingan antara dua ketua tentera iaitu, Jeneral Wiranto dan Prabowo Subianto. Ye, Prabowo itu adalah pesaing Jokowi pada Pilpres pada tahun ini. Bukan itu je, nama Prabowo juga dikaitkan menjadi individu yang menjalankan misi khas iaitu ‘menghilangkan’ beberapa aktivis pada tahun itu.
Takutnya rusuhan besar-besaran macam ni… Tak pasal pasal ada nyawa terkorban….
Baca: “Rakyat marah…”- Ramai Buat Rusuhan, Jemaah Dalam Masjid di Jakarta Ditembak Tanpa Belas Kasihan
