in

“Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6

Hamil2

Pernahkan anda terfikir bahawa pergaulan bebas seawal usia 12 tahun boleh mendorong mereka melakukan seks bebas?

Menurut perkongsian di Facebook ini, seorang remaja hamil kerana dirogol oleh rakan yang dikenalinya melalui WeChat. Ishhh Wechat lagi!

Kisah itu diceritakan oleh Zeeda Aziz di mana remaja itu pada asalnya merupakan mata-mata guru untuk melaporkan perbuatan tidak senonoh dan aktiviti tidak sihat yang berlaku di sekolah.

Pelajar7
gambar hiasan

Namun, dia sendiri telah terjerumus dan melibatkan diri dalam pergaulan bebas sehingga menjadi mangsa kerakusan manusia. Menurutnya, sejak Darjah 6 lagi kanak-kanak sudah mula pandai melakukan gangguan seksual dan mengiklankan diri untuk dinodai.

Sebagai contoh, ketika waktu rehat murid lelaki duduk dalam satu kumpulan di tangga dan menunggu murid perempuan yang melintas untuk menggatal dengan usikan berbaur seksual.

Meh sini aku jilat!”

Bukan itu sahaja, ada juga yang berani menampar punggung murid perempuan atau dipanggil spanking. Zeeda mempersoalkan bagaimana kanak-kanak di usia sebegitu belajar tentang hal itu.

Pelajar2
gambar hiasan

“Dari mana mereka belajar, kena tanya mak ayah. Ada bagi unlimited access ke internet ke?”

“Bagi mereka gurauan ini tidak berbahaya. Tetapi inilah permulaan untuk mereka lebih berani mencuba seks bebas.”

Menurut remaja itu lagi, ketika meningkat usia di sekolah menengah, aktiviti seks mula aktif. Masing-masing sudah mempunyai telefon pintar dan mula mengakses ke laman lucah. Malah, mereka turut berkongsi gambar-gambar lucah sesama sendiri di Whatsapp.

Lucah
gambar hiasan

Sesiapa yang aktif di Wechat dengan mempunyai ‘moment’ yang nampak nakal dan gambar profile menarik serta mempunyai ramai rakan akan direkrut ke dalam satu group rahsia di aplikasi Whatsapp tersebut.

Perbualan mereka bukanlah biasa seperti pelajar yang berbincang tentang pelajaran tetapi mereka berbual tentang perkara lucah dan kenikmatan seks.

Di zaman teknologi canggih ini, hubungan seks bagi pelajar tingkatan 1 bukanlah sesuatu yang pelik. Remaja itu juga kini dikatakan terpaksa menamatkan persekolahannya kerana sedang hamil.

Pelajar6
gambar hiasan

Zeeda turut menekankan bahawa penangan pengaruh rakan sebaya sebenarnya lebih kuat berbanding nasihat, ilmu agama dan kasih sayang ibu bapa. Disebabkan itu, dia juga menyeru ibu bapa supaya ambil peduli tentang keselamatan serta kualiti akhlak anak-anak.

“Jangan biarkan anak bersendiri dengan telefon pintar atau komputer riba mereka. Walaupun kita sudah bentuk anak kita sebaiknya, mereka boleh bertukar 360 darjah dalam sekelip mata.”

Betul tu! Sebab tu kena berhati-hati dalam memilih rakan sebaya. Ibu bapa juga harus tahu dengan siapa anak-anak berkawan.

Hanya dengan satu aplikasi, satu temujanji dan hanya kerana seorang lelaki masa depan mereka boleh berubah. Jangan pelik dan terkejut tetapi, anak-anak zaman kini sudah mula memikirkan tentang seks ketika di sekolah rendah lagi. Malah ada juga yang sudahpun mencuba dan menyukainya. Pantau anak anda!

Jika anda membaca kisah ini, dan anda mempunyai anak, pantaulah aktiviti mereka sebaiknya. Ambil tahu siapa rakan-rakan mereka dan setiap pergaulan di luar sekolah juga.

Baca: Pelajar Sekolah Mengaku Berzina Sejak Tingkatan 1 Dengan Ramai Lelaki Berbagai Bangsa, Umur

Zina