Sejak kebelakangan ini, laman Instagram kakak kepada Neelofa, Noor Nabila menjadi perhatian setelah dilihat memadam semua gambar bersama Engku Emran.
Berdasarkan pemerhatian mereka juga, gambar pernikahannya bersama bekas suami Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella juga tidak kelihatan.
Media negara jiran dakwa dah bercerai?
Berita mengenai mereka nampaknya telah merebak ke negara jiran, Indonesia dan tular apabila ada media tempatan di negara tersebut mengatakan pasangan itu sudahpun bercerai.
https://www.tiktok.com/@indonesia_today/video/7129491727680851226?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@indonesia_today/video/7129694660791979291?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Keratan berita itu turut dikongsikan menerusi TikTok, salah satu keratan berita itu mengatakan mereka dikhabarkan bercerai dan mengatakan Engku Emran bukan orang sembarangan.
Video yang telah meraih 1.6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari itu turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia, ramai yang terkejut dengan laporan berkenaan kerana tiada laporan mengesahkan perkara tersebut dari Malaysia, malah mereka turut bertanyakan kesahihan berita tersebut.
Bagaimanapun, mengenai hal rumahtangga pasangan ini, masih belum ada lagi mana-mana pihak yang tampil bersuara.
Baca : ‘Delete’ Gambar Nikah, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?