Tugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan masing-masing. Dari pengurusan sisa pepejal sehinggalah perlesenan dan cukai, semua tugas dan tanggungjawab itu jatuh kepada PBT setempat.
Cakap pasal PBT ni, ada satu video yang mendapat perhatian netizen dimana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita sebuah kenderaan food truck.
Yang menjadi perhatian adalah cara pihak DBKL mengangkat kenderaan itu. Korang boleh tengok macam mana DBKL sita food truck tu dalam video @isusemasaviral di bawah.
Betul² tegas ni, food truck pun kena angkut. pic.twitter.com/ZHuVVaR5i9
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 10, 2024
Artikel berkaitan: Dinding Rumah Flat Tercabut Akibat Ribut Kencang, Pihak DBKL Pasang Dinding Sementara
Artikel berkaitan: [VIDEO] Didakwa Niaga Secara Haram, Peniaga Kelam Kabut Lari Bila Nampak DBKL Ronda Jalan TAR
Macam tu je dia angkat
Fuhhh… seram gak in tengok cara DBKL angkat food truck tu. Risau gak kalau tali tu putus ke apa. Food truck kot tu, mesti lah berat. Tapi nasib baik selamat je landing atas lori.
Betul, kadang-kadang kenderaan yang tersadai dekat lot parking ni memang menyusahkan. Orang lain nak parking pun susah, dah lah lot parking terhad.
Kann… min pun seram gak tengok cara DBKL angkat food truck tu. Tapi nasib baik lah tak ada perkara yang tak diingini berlaku.
Kadang tu kita nampak notis sampai dah hancur kena hujan dan panas pun masih ada dekat situ. Kalau amaran pun tak makan, alamatnya memang kena angkut je lah kenderaan tu kan.
Weh sama. Kalau claw machine tu memang susah betul nak angkat hadiah. Ini mesti pakai cable kuat ni, itu yang senang je nak angkat kan.