in

“Mcm cendol” – Orang Ramai Terhibur Tengok Cara Kedai Ini Hidang Teh Ais Mangkuk

Teh Ais Mangkuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang selalu lepak dekat restoran atau kedai mamak mesti pernah order minuman dalam mangkuk. Lagi-lagi kalau nak lepak lama, minuman dalam mangkuk memang kuantitinya lebih banyak berbanding yang dalam gelas.

Sebenarnya, minuman dalam mangkuk ni adalah minuman yang dibungkus dan dihidangkan dalam plastik bersama mangkuk supaya terletak dan terjatuh.


Tapi bila kedai atau restoran tak pernah hidang minuman dalam mangkuk, jadilah macam video @leothriftt di bawah ni. Dah macam cendol dah min tengok.

@leothriftt

teh ais mangkuk dah ni #fyp #trending #viraltiktok

♬ original sound – 𝕞𝕒𝕥𝕥𝕪𝕠𝕠 – 𝕞𝕒𝕥𝕥𝕪𝕠𝕠 ✰

Artikel berkaitan: Kedai Makan Di Thailand Jadi Tumpuan, Hidang Makanan Pelanggan Atas Barang-barang Kegunaan Harian

Artikel berkaitan: “Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol

Macam cendol

Min tengok video ni sampai berdekah. Tak boleh salahkan pekerja kedai makan tu jugak, mungkin pertama kali dapat order macam tu. Konsep dia macam betul, tapi salah juga pada masa yang sama.

Screenshot 2024 08 04 At 1.04.03 PmSekali pandang memang ingatkan mi segera. Iye lah, kalau kita order teh ais mangkuk, dapatnya macam lain. Sepatutnya dihidang dalam plastik dan diletakkan dalam mangkuk. 

Screenshot 2024 08 04 At 1.04.11 PmPemahaman betul dah teh ais dalam mangkuk. Tapi execution salah pulak. Memang lari terus dari konsep asal. 

Screenshot 2024 08 04 At 1.04.18 PmSelalu yang hidang dalam mangkuk ni cendol je. Biasanya akan makan hirup-hirup dengan sudu. Tapi ni teh ais, lain dari cendol tau.

Screenshot 2024 08 04 At 1.04.24 PmIni kalau letak bijirin sarapan memang kena lah. Baru best layan rangup-rangup dengan susu. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.