in

“Mcdonald’s bukan tempat siapkan assigment” – Pelanggan Mengadu Meja Sentiasa Penuh Dengan Pelajar

cats 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak zaman dahulu lagi, pelajar gemar berkumpul di restoran makanan segera secara berkumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Meskipun sudah ramai yang menegur isu ini, ia masih berterusan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, seorang individu ada meluahkan rasa geramnya terhadap sekumpulan pelajar yang menjadikan McDonald’s di Presint 2, Putrajaya sebagai lokasi untuk menyiapkan tugasan sehingga mengganggu pelanggan lain.


2 9

Jelas individu tersebut, dia berasa kesal melihat anak-anak muda yang duduk berjam-jam lamanya di McDonald’s untuk menyiapkan tugasan mereka. Sambung individu ini, ini akan memenuhkan restoran tersebut dan mengganggu pelanggan yang mahu makan di situ.

Kenyataan tersebut ternyata mendapat perhatian ramai warganet yang mempunyai pendapat berbeza berkenaan isu terbabit.

3 6
Gambar Hiasan

Menurut salah seorang individu, dia berpendapat pelajar membuat kerja di McDonald’s adalah lebih baik daripada mereka membuat perkara yang tidak elok di luar sana. Dia juga menasihati pelanggan lain untuk mengalah dengan pelajar yang sedang membuat perkara baik.

4 4

Bagaimanapun, ada beberapa individu yang menyokong kenyataan tersebut dan berkongsi pengalaman serupa apabila mereka sukar untuk mencari meja kosong di McDonald’s gara-gara sudah diduduki oleh para pelajar.

Tidak kurang juga ada yang memberi pendapat kerajaan perlu memanjangkan lagi tempoh operasi perpustakaan awam buat kegunaan pelajar yang mahu menyiapkan tugasan pada malam hari.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: McDonald’s Terkesima Peniaga Burger Pacak Gerai Berdekatan Dengan Francais Mereka

cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.