Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita mayat seorang wanita yang ditanam dan disimen dalam bilik air sebuah rumah di dekat Pandamaran, Klang.
Susulan itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan tidak menolak kemungkinan yang mayat wanita itu sudah dibunuh lebih daripada setahun.
Artikel Berkaitan : Gempar Penemuan Mayat Disimen Dalam Bilik Air Di Klang, Polis Buru 2 Suspek Warga Asing
Artikel Berkaitan : Tidak Mahu Dibawa Arus Banjir, Isteri Tarik Mayat Suami Sendirian Sejauh 100 Meter
Tambah beliau, dua suspek lelaki kini sedang diburu, dan mereka adalah individu yang disyaki menyimen kolah mandi di rumah terbabit.
“Ya (kemungkinan dibunuh lebih setahun), bagaimanapun semua yang berkaitan dengan kes ini masih dalam siasatan polis.”
“Dua suspek yang diburu ini menyewa (rumah sewa berkenaan) dari tahun 2019 sehingga tahun 2021. Mereka ini (suspek) yang disyaki menyimen kolah mandi (di rumah sewa itu).”
Katanya, polis kini sedang mengesan dua orang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Manjeet Singh untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, Hussein menjelaskan bahawa identiti mangsa masih lagi dalam siasatan dan proses bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Shah Alam.
Jelas beliau, setakat ini, pihak polis telah merakamkan keterangan tiga orang individu termasuklah pemilik rumah sewa berkenaan.
Semalam seluruh negara digemparkan dengan penemuan mayat wanita dewasa yang ditemukan disimen di kolah mandi rumah sewa berkenaan.
Penemuan itu berikutan laporan polis dibuat oleh pemilik rumah pada 3 Disember lalu sebelum polis meminta bantuan pihak bomba memecahkan simen dan mengeluarkan mayat mangsa.
Sumber : Berita Harian