in

Mayat Pelajar Kolej Ditemui Terg*ntung Di Kipas, Suspek Mungkin Kenal Mangsa

ft mayat wanita tergantung

Mayat seorang pelajar kolej telah ditemui tergantung di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1 pada Khamis lalu. Menerusi laporan Sinar Harian, polis sahkan mangsa telah dibunuh.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh patologi Hospital Serdang mendapati bahawa punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di sekeliling tulang leher mangsa.

Artikel berkaitan : Polis Sahkan Mayat Yang Ditemui Dalam Gaung Rupanya Mangsa B*nuh

Artikel berkaitan : Mayat Misteri Ditemui Terapung Di Taman Tasik Danau Kota

Suspek dan mangsa mungkin saling mengenali

Tambah beliau lagi, pakar patologi juga mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang mangsa adalah secara ‘manual strangulation’.

Dalam pada itu, Wan Azlan berkata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek dan mangsa saling kenal antara satu sama lain.

Screenshot 2025 08 18 124518

“Setakat ini, seramai 12 individu sudah diambil keterangan. Bagaimanapun, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.”

Sebelum ini, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima satu panggilan kira-kira jam 11.55 pagi berkenaan dengan penemuan seorang wanita dalam lingkungan 20-an ditemui tergantung pada kipas di rumah.

Screenshot 2025 08 18 124956

Menurut Wan Azlan, pemanggil tersebut merupakan bapa mangsa yang menghubungi pihak polis selepas menemui anaknya dalam keadaan begitu.

Sumber : Sinar Harian, Buletin TV3