in

“Mayat masih dicari” – [VIDEO] Rakaman Dashcam Detik Ketika Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Viral di FB

terjun feat

Viral di Facebook tentang video daripada sebuah rakaman dashcam kereta pengguna jalan raya menunjukkan seorang lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 2.2, petang semalam.

Sebelum itu, lelaki berusia 24 tahun berkenaan telah memberhentikan dan meninggalkan kereta Perodua Bezza berwarna merah dipandunya dalam keadaan pintu terbuka di laluan kecemasan sebelum terjun ke bawah.

terjun1

terjun4

Menurut Harian Metro, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya terima panggilan kecemasan pada jam 8.35 malam berhubung insiden terbabit.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Ketika tiba didapati kenderaan dinaiki mangsa enjinnya masih hidup, manakala telefon bimbit mangsa ditemui di tepi jalan jambatan itu.”

https://www.facebook.com/100042259096735/videos/pcb.310969513655016/310969430321691

https://www.facebook.com/100042259096735/videos/pcb.310969513655016/310969473655020

Mengikut laporan, insiden terbabit adalah kejadian kedua membabitkan kes bunuh diri yang direkodkan di Jambatan Pulau Pinang minggu ini. Difahamkan, kejadian pertama adalah pada Selasa lepas membabitkan lelaki berumur 54 tahun.

Sumber video dashcam: Info Roadblock JPJ/Polis

Baca: “Padan muka” – [VIDEO] Konon Nak Laju Ikut ‘Emergency Lane’ Sekali KANTOI, Kena Tahan Dengan Abang Polis Trafik!

padan muka

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook