“Mayat jadi peluru”- 4 Senjata Biologi Terkeji Zaman Dahulu Yang Pernah Dicipta

Korang mesti familiar tentang senjata biologi yang pernah atau dibangunkan oleh negara-negara ‘kuat’ di luar sana, terutama sekali melibatkan wabak atau virus yang menyebabkan kematian dalam jumlah yang ramai.

Malah ada juga teori konspirasi yang mendakwa Coronavirus atau Covid-19 merupakan senjata biologi dibangunkan China, bagaimanapun dakwaan ini tiada bukti kukuh…wallahualam

Untuk pengetahuan korang, senjata biologi melibatkan wabak maut ini bukanlah perkara yang mustahil, malah ia pernah muncul berpuluh-puluh dekad yang lalu.

Ini antara senjata biologi terkeji, pernah dibangunkan.

 

1. Tentera Mongol jadikan mayat sebagai peluru, jangkitkan wabak seluruh Eropah

Korang pernah dengar tentang Perang Kaffa? Buat yang tak tahu, Kaffa yang kini dikenali sebagai Feodosija yang terletak di Ukraine, penah menjadi medan tempur antara tentera Genoa (Itali) dengan empayar Mongol.

Namun yang menjadi tumpuan daripada perang ini ialah apabila pertempuran kedua pihak tersebut telah menyebabkan wabak maut yang merebak di Eropah pada tahun 1347, iaitu dikenali sebagai The Black Death.

Dikatakan pada perang siri kedua tahun 1343, tentera Mongol menyerang Kaffa, diketuai Djanibek Khan– disebabkan dakwaan yang bandar tersebut ada melindungi pemberontak yang menyerang orang Islam di bandar Tana.

Pada waktu ini seramai 15,000 tentera Genoa berjaya halang serangan Djanibek.

Dua tahun kemudian pada 1345, tentera Mongol sekali lagi cuba menawan Kaffa namun mereka terdedah dengan wabak The Black Death.

Ketika hampir kalah, Djanibek arahkan mesin pelontar (catapult) digunakan dengan mayat-mayat tentera yang telah mati dijadikan sebagai ‘peluru’…whattt!

Serangan itu bukan sahaja berjaya menyebabkan tentera Genoa kucar-kacir malah turut menjejaskan kesihatan mereka kerana kegagalan menguruskan mayat.

Mereka yang lari meninggalkan Kaffa telah bawa wabak, sekaligus menyebabkan jangkitan tersebar seluruh Eropah sebelum ia reda pada 1351.

 

2. Kelongsong peluru diisi air liur anjing gila untuk menyerang musuh

Kaedah berbeza dan ‘lebih gila’! Kisah ini mengenai Jeneral Kazimierz Siemienowicz, seorang jeneral perang dan pada masa sama berkhidmat sebagai jurutera peralatan bagi tentera Poland, awal abad ke-17.

Bukan itu sahaja, Jeneral Kazimierz ini merupakan seorang pakar dalam persenjataan khususnya roket, selain dia turut terlibat dalam beberapa siri peperangan.

Jeneral Kazimierz ini dikatakan telah mencipta’senjata’ yang cukup merbahaya, apabila dia telah menghasilkan peluru (kaca/tanah liat) yang mengandungai air liur anjing gila.

Scary kannn….

 

3. British bunuh orang asal Amerika dengan selimut pesakit Cacar

Tentera British menggunakan senjata biologi mereka dalam usaha untuk menyerang orang asal Amerika pada 1763.

Dikatakan ketika itu tentera British bertindak mempertahankan kedudukan mereka daripada serangan orang asal Amerika di Fort Pitt.

Orang asal Amerika sebenarnya dikatakan ingin mengusir British keluar dari tanah mereka, pelbagai cara diplomasi digunakan namun tentera British tidak mengendahkan permintaann mereka.

Pada 24 Jun 1763, seorang pahlawan puak Lenape (dari orang Asal) iaitu Tortle’s Heart datang ke kubu British bagi berbincang, namun ia gagal.

Bagaimanapun Tortle sebelum pulang diberikan dua helai selimut dan satu sapu tangan sebagai sagu hati. Namun yang Tortle tak tahu, sebenarnya ‘sagu hati’ itu diambil dari hospital yang dimiliki pesakit cacar.

Harapan British pada ketika itu ialah supaya penyakit tersebut merebak dalam kalangan pahlawan orang asal.

 

4. Raja Barbarossa sengaja cemarkan air dengan mayat pembawa wabak

Kisah ini kemas tersemat dalam lipatan sejarah dunia, menceritakan mengenai seorang raja iaitu Raja Frederick Barbarossa, pemerintah Itali dan Jerman pernah menggunakan taktik keji untuk melemahkan musuh iaitu

Mencampakkan mayat-mayat manusia ke dalam perigi yang diguna penduduk Tortona bagi memastikan bekalan air mereka dicemari.”

Bagaimanapun tidak pasti tujuan Raja Barbarossa buat demikian, ada yang mendakwa dia sengaja nak sebarkan wabak namun ada yang mengatakan dia saja-saja ingin cemarkan bekalan air sedia ada.

Namun yang jelas, Raja Barbarossa ingin meluaskan tanah jajahannya ke bahagian Utara Itali dan memilih kaedah tersebut untuk mempercepatkan kejatuhan Kota Tortona.

Kejadian tahun 1155 itu menyaksikan kemenangan mudah pasukan Barbarossa seramai 5,400 menewaskan 300 askar Tortona yang tinggal.

Disebabkan kemenangan itu, dia berjaya menyatukan wilayah-wilayah di Itali dan akhirnya menjadi Raja Empayar Rom pada 18 Jun 1155.

 

Sumber; iluminasi

 

Baca : Wanita muslim Uighur dibawa ke bilik khas dan dimandulkan- Penghapusan Etnik Paling Kejam  Tak Berperikemanusiaan

Sumber: contagions
Sumber: Timeline
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.