in

Mayat Frontliner Indo Ditolak: [Video] Ibu Merayu Minta Benarkan Anak Dikebumi Sebelah Makam Ayah Tular, Netizen Sebak

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agak kecoh sebelum ini apabila tular berita penduduk kampung di daerah Semarang, Indonesia telah menolak jasad seorang frontliners yang meninggal akibat Covid-19.

Menurut Suara.com, atas permintaan keluarga, mereka mahu tempatkan jenazah berdekatan dengan makan ayahnya, namun bila kubur dah digali, ada beberapa penduduk telah menolak jenazah ini dari dikebumikan di sana.


Dikatakan, penduduk di sana telah bertengkar dengan keluarga dan petugas kesihatan hingga hari menginjak ke Maghrib. Bukan tu je, walaupun ibu jenazah merayu minta pengebumian dibenarkan pun turut tak diendahkan.

Dekat bawah ni, korang tengoklah sendiri macam mana ibu ini merayu minta jenazah anaknya dibenarkan bersemadi berhampiran kubur arwah ayahnya ni. Allahu memang sedih…

https://www.facebook.com/kriwul.kriwul.1884/videos/695085237903890/

 

Video penolakan mayat dan rayuan ibu ini telah dimuat naik di media sosial dan mendapat perhatian rakyat Indonesia yang rata-ratanya turut sebak dan marah dengan tindakan penduduk kampung di sana. Ada juga yang meminta kerajaan berkeras dan menangkap orang yang menghalang proses pengebumian tersebut.

Screenshot 2020 04 13 At 2.19.43 Pm Down

Akhirnya, jenazah petugas kesihatan, Nuria Kurniasih ini selamat dikebumikan berhampiran dengan tanah perkuburan tempat dia bertugas sebagai frontliners.

Masa dia hidup, dia tak tolak pun pesakit yang dia kena rawat, bila dia meninggal dengan kejam mayatnya ditolak-tolak, tak ada hati perut!

 

Baca: “Begok apa ya? Kasian si mati loh” – Kubur Dah Siap Gali Tapi Ada Penduduk Taknak Mayat Frontliner Ditanam di Kampung

Screenshot 2020 04 13 At 2.31.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.