Tahun baru, azam baru. Sempena memasuki Tahun Baru Hijrah yang ke-1442, pelakon Mawar Rashid telah nekad untuk melakukan penghijrahan dengan memakai hijab sepenuh masa.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid, 25 mengumumkan berita gembira ini di laman Instagram milik beliau semalam.
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula”
“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin”
https://www.instagram.com/p/CEJ-07uDuTb/
Lebih menarik, jika dilihat di feed Instagram Mawar, gambar beliau yang tinggal sekarang hanyalah gambar yang mengenakan hijab. Kini tiada lagi gambar ‘free hair’ pelakon manis ini. Satu permulaan yang baik!
https://www.instagram.com/p/CD_b_coDeRb/
https://www.instagram.com/p/B_9Nt57jJLB/
https://www.instagram.com/p/B_cOAa8jwvD/
Penghijrahan Mawar Rashid ini turut mendapat sokongan penuh suaminya, Raf Yaakob yang menyifatkan penghijrahan isterinya ini adalah satu berita gembira buat dirinya.
“Bakal ketua bidadari saya di syurga”
https://www.instagram.com/p/CEI8-aBn9_h/
Semoga penghijrahan Mawar Rashid ini boleh mendorong ramai lagi orang untuk menjadi lebih baik buat diri sendiri.
BACA: Teruskan Bantu Orang Susah! Ebit Lew Terima Anugerah Khas Sempena Hari Belia Negara