in

Maut Dibelasah Dalam Asrama, 13 Pelajar Didakwa Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

13 Pelajar Bunuh Pelajar Kolej

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes kematian melibatkan pelajar kolej vokasional di Lahad Datu, Mohamamad Nazmie Aizat yang maut dibelasah rakan-rakan dalam asrama.

Mangsa yang berusia 17 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada jam 6.50 pagi.


Hari ini, 13 pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes ini didakwa atas pertuduhan membunuh, menurut Mahkamah Majistret.

Artikel berkaitan: Pelajar Lelaki Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Dibelasah Rakan Asrama Di Lahad Datu

Artikel berkaitan: Dituduh Mencuri RM85 Jadi Punca Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah

Kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh mangsa di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam.

Fw1375483Sb0129032024Sambungreman Scr

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Hanya dua tertuduh diwakili peguam manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Gkisr Hagaackyl

Menurut laporan media, hasil siasatan polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan penghuni asrama. Mangsa dituduh mencuri duit sebanyak RM85 sebelum dipukul sehingga meninggal dunia.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.