in

Matteo Messina Denaro: Kisah Bos Mafia Paling Digeruni Yang Digelar Sebagai ‘The Last Godfather’

Collage 33

Baru-baru ini, bos mafia dari Sicily, Itali Matteo Messina Denaro dilaporkan telah meninggal dunia di penjara. Dia telah ditahan pada Januari lalu selepas 30 tahun melarikan diri dari pihak berkuasa.

Digelar sebagai “The Last Godfater”, Matteo yang berusia 61 tahun ini merupakan salah seorang pelarian yang paling dikehendaki di Itali. Ekoran keganasan yang dibuatnya, seramai lebih dari 100 anggota pihak berkuasa telah terlibat dalam proses penangkapannya Januari lalu, namun begitu serbuan ke atasnya di Palermo, Sicily berjalan dengan tenang tanpa pertumpahan darah.

Jom ketahui tentang bos besar kepada semua mafia ni dan apa yang dia dah buat sepanjang hidupnya sehingga dia digelar sebagai The Last Godfather.

Artikel berkaitan: “Sepandai-pandai tupai melompat” – Lokasi Mafia Itali Dikenalpasti, ‘Kantoi’ Lepas Polis Guna Google Maps

Artikel berkaitan: “The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Matteo Messina Denaro: Membunuh sejak usia 18 tahun

Photo Of Young Messina Denaro In Sunglasses.png

Matteo Messina Denaro telah dilahirkan di Castelvetrano, Sicily pada April 1962. Bapanya pula, Francesco dikenali sebagai Don Ciccio merupakan ketua kumpulan mafia bernama Sicilian Cosa Nostra yang menguasai wilayah Trapani.

Matteo telah berkecimpung dalam kehidupan mafia sejak dari usia muda. Dia dikatakan telah dilatih untuk menggunakan pistol pada usia 14 tahun dan didakwa membunuh buat pertama kali semasa usianya baru 18 tahun.

Sepanjang kehidupannya, Matteo telah melakukan banyak jenayah termasuklah pada 1992 di mana dia telah membunuh seorang pendakwa raya, Giovanni Falcone yang mati kerana dibom oleh mafia.

Selain itu, bagi mengelakkan salah seorang bekas ahli mafia Santino Di Matteo dari memberikan kenyataan terhadap jenayah dan identiti ahli lain, kumpulan yang diketuai oleh Matteo ini dikatakan telah menculik anak Santino yang baru berusia 11 tahun.

Budak tersebut telah diseksa dan dicekik hingga mati sebelum dilarutkan ke dalam asid selepas dikurung selama 779 hari.

Dia juga turut bertanggungjawab dalam kes pengeboman di Rome, Florence dan Milan pada tahun 1993 yang meragut nyawa hampir 10 orang.

Namun tak dapat dipastikan berapa ramai orang yang telah dibunuh oleh Matteo sama ada secara langsung atau tidak langsung, tapi dia pernah berkata:

Aku penuhkan kawasan kubur tu seorang diri.”

Matteo Messino Denaro hilang dari radar

Pada musim panas tahun 1993, Matteo telah menghilangkan diri selepas bercuti di Tuscany apabila bekas bos mafia Salvatore Riina ditahan.

Ketika dia melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat, bos mafia ini dikatakan telah menjalani kehidupan yang mewah serta banyak menghabiskan masa dengan bermain video game dan melayan ramai wanita.

Dia juga sangat berhati-hati dan sering mendapatkan maklumat dari rakan-rakan mafia lain sekiranya tempat yang dia sembunyikan diri bakal diserbu oleh pihak polis.

Tak cukup dengan itu, tak ada seorang pun yang berani untuk mendedahkan tempat penyembunyian Matteo ini kepada pihak berkuasa.

Pihak polis juga telah beberapa kali hampir berjaya memberkas Matteo namun tak berjaya. Pernah sekali, salah seorang peminat Formula One dari Liverpool telah ditahan kerana polis menyangka lelaki tersebut adalah Matteo.

Usaha untuk menangkap Matteo ini menjadi lebih sukar apabila pihak polis tidak mempunyai gambarnya yang terkini dan hanya ada beberapa gambarnya yang diambil pada penghujung tahun 80-an dan awal tahun 90-an sehingga mereka terpaksa menggunakan teknologi komputer untuk mendapatkan wajah terkininya berdasarkan keterangan mafia yang telah ditahan.

737.Jpg

Pada tahun 2022, Matteo dikatakan telah menghabiskan masanya dengan bersembunyi di Campobello di Mazara, sebuah bandar yang memuatkan 11,000 orang dan terletak tak jauh dari rumah ibunya di barat Sicily.

Matteo dikatakan telah berkomunikasi dengan orang bawahannya menggunakan kertas kecil yang ditulis menggunakan kod.

Tapi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Matteo telah berjaya ditahan selepas pihak penyiasat mendapat tahu bahawa lelaki ini mempunyai penyakit dan memerlukan rawatan di klinik Palermo.

23Messina Denaro 01 Wgkp Articlelarge.jpg 1

Selepas 30 tahun melarikan diri, Matteo telah ditahan di sebuah klinik swasta ketika dia sedang menerima rawatan untuk penyakit kansernya dengan menggunakan nama palsu, Andreda Bonafede.

Kau berjaya tahan aku hanya sebab penyakit aku.”

Matteo Messino Denaro bawa rahsia ke kubur

230116 Matteo Messina Mb 1312 Fb665D

Pada 8 Ogos dia telah dipindahkan dari penjara kawalan maksimum di L’Aquila ke hospital San Salvatore selepas kesihatannya merosot dan dianggap tidak sesuai dengan kehidupan di penjara.

Media tempatan melaporkan, Matteo enggan bercakap dengan pihak berkuasa sehingga dia mati. Malah seorang pakar jenayah terancang, Anna Sergi mengatakan bahawa Matteo mungkin bos mafia yang terakhir.

Matteo merupakan Godfather terakhir, dia menyimpan semua rahsia kumpulan Cosa Nostra. Ini adalah pengakhirannya.”

Menurut Anna, dia tak pasti siapa yang akan menggantikan tempat Matteo. Tapi jika kumpulan Cosa Nostra mahu mengambil ketua baru, ia memerlukan strategi baru kerana tiada ketua besar yang masih hidup.

Namun begitu, Anna menjangkakan kumpulan ini akan cuba membina hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain di Amerika Syarikat.

Kematian Matteo ini turut mendapat perhatian dari Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini yang berkata:

Semua orang layak didoakan, tapi saya tak boleh cakap yang saya kesian (dengan berita ini).”

Sumber: The Guardian, Sky News