Rasanya ramai yang bersetuju kalau admin cakap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah antara menteri yang paling ‘perform’ dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sekarang.
Isu elaun internship, isu persatuan sukan dan kini isu Foodpanda pulak… semuanya cuba diselesaikan Syed Saddiq satu persatu. Tak cukup dengan semua isu di atas, seorang netizen baru-baru ini ada meminta bantuan menteri tersebut atas masalah yang dihadapinya.
“Assalamualaikum YB… di sini saya nak bertanyakan pendapat YB tentang tuan bilik sewa saya sekarang”
Menerusi perkongsian gadis bernama Jihan di Twitter, dia kini mempunyai masalah dengan tuan bilik sewanya apabila lelaki terbabit katanya telah menipu mereka dari segi bayaran sewa bulanan dan fasiliti yang sepatutnya ada di dalam bilik tersebut.
“Cukupkan satu rumah dengan 10 orang dahulu”
Apabila mangsa dan rakan-rakan penyewanya meminta untuk penuhkan barang-barang yang tertera di dalam kontrak, tuan bilik cakap mereka kena penuhkan rumah tersebut dengan 10 orang ke atas dulu barulah boleh masukkan barang. Pulak dah…
“Matilah Syed Saddiq macam ni…”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini simpati dengan nasib yang dihadapi gadis tersebut. Namun pada masa yang sama, mereka juga kasihan dengan Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq kerana beliau mempunyai banyak isu yang perlu diselesaikan.
Isu bilik sewa ini memang berat tapi ada lagi banyak isu ‘berat’ yang beliau kena selesaikan. Jadi isu ini dianggap sangat ‘remeh’ bagi netizen sehinggakan gadis bernama Jihan ni kena adukan kepada Saddiq.
“Tunjuk lah muka owner. Benda macam ni kena viral”
Apa-apapun, masih ada di kalangan netizen yang prihatin dengan masalah yang dihadapi Jihan ni. Kebanyakan dari mereka cadangkan supaya Jihan laporkan isu ni kepada KPDKK dan pihak polis supaya tuan rumah seperti ini diambil tindakan. Fight for your rights, dik!
Harapnya masalah adik ni selesailah ye. Be strong!