Dahulu kala, banyak kerabat raja di seluruh dunia mengamalkan sumbang mahram, majoriti yang melakukan amalan ini kerabat dari Eropah. Bagi mereka, ia merupakan satu kebiasaan dengan tujuan untuk mengekalkan ketulenan darah diraja.
Bagaimanapun akibat perbuatan itu, mereka menerima padahnya apabila keturunan yang dihasilkan itu tidak dikurniakan kesempurnaan dari pelbagai sudut. Kita sedia maklum kalau dari agama kita pun dah dilarang kan?
Jadi, Facebook Akrib Angker Negara menyeraikan keturunan-keturunan diraja yang menghidap ketidaksempurnaan fizikal dan mental akibat sumbang mahram ni.
1. King Charles of Spain
Bonda dan ayahanda raja ini merupakan pakcik dan anak saudara. Bukan sahaja itu, keluarga Charles sudah lama mengamalkan sumbang mahram, hinggakan adik beradik Charles tiada yang kelihatan normal.
Raja ini dilahirkan dengan rahang yang terlalu besar, lidah besar dan baginda juga jongang. Disebabkan masalah ini, air liur baginda selalu meleleh, dan raja ini tidak mampu mengunyah dengan baik.
Diceritakan perkembangan dia sewaktu kecil terbantut, dan dia cuma mampu berjalan bila mencapai umur 8 tahun, itu pun sangat sukar. King Charles of Spain berkahwin sebanyak dua kali, namun tidak dikurniakan zuriat.
2. Queen Victoria
Baginda memiliki satu penyakit yang dipanggil Hemophilia, satu keadaan di mana pesakit akan berdarah tanpa henti apabila terluka.
Disebabkan mereka suka berkahwin sesama sepupu (selama beratus tahun ya adat ini, bukan sekali dua seperti yang kita biasa dengar di sekeliling kita) penyakit ini diturunkan kepada semua kerabat diraja, sehingga mendapat jolokan ‘royal disease.’
3. King George III of England
Raja ini pula memiliki kencing berwarna biru! Beliau juga hasil sumbang mahram yang diamalkan selama beratus tahun.
Baginda mengalami keadaan yang dipanggil porphyria, satu keadaan genetic yang boleh mengakibatkan sakit mental, kulit bertukar ungu kebiruan, dan urin berwarna biru.
Diceritakan baginda akan bercakap tanpa henti sehingga mulutnya berbuih. Baginda mendapat jolokan Mad King disebabkan ini.
4.King Tut
Firaun ini sangat terkenal. Keranda dan lukisannya menggambarkan diri baginda sebagai seorang lelaki tinggi, tegap dan kacak, namun jauh panggang dari api sebenarnya.
Bonda dan ayahanda King Tutakhanmun merupakan adik beradik, dan baginda dilahirkan cacat serba serbi. Tulang pelvik baginda lebar seperti perempuan, tulang belakang baginda bengkok, tempurung kepala baginda lonjong, memiliki lelangit sumbing dan kaki yang cacat.
5. Queen Maria I of Portugal
Permaisuri ini berkahwin pakciknya sendiri, manakala anak mereka dinikahkan dengan makcik beliau (adik Permaisuri.)
Oleh kerana sumbang mahram yang terlalu teruk, kebanyakan ahli keluarga diraja Queen Maria memiliki masalah mental. Diceritakan permaisuri ini suka berpakaian seperti kanak-kanak.
Selepas dua anaknya meninggal akibat cacar air, keadaannya semakin teruk. Dia akan meraung tidak tentu masa, dan mudah mengamuk. Malahan, dia tidak mampu menjalankan tugas sebagai Permaisuri, tugas menguruskan negara diambil anak lelaki sulungnya.