Tanah suci Kota Mekah menjadi medan tumpuan berjuta-juta umat Islam pelbagai bangsa dari serata pelosok dunia terutama ketika mengerjakan ibadah haji.
Bagi mereka yang pernah menunaikan ibadah di sana, pasti tahu cabaran dan pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi.
Sebuah video di TikTok telah meraih perhatian ramai mengenai seorang peniaga yang dipercayai berbangsa Turkiye mendedahkan jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati.
Badan jemaah haji Malaysia tidak berbau
Menerusi perkongsian dari akaun TikTok yang dimiliki oleh Saiful Nang, peniaga Turkiye itu bertanya negara mana kepada orang Malaysia yang sedang membeli-belah di kedainya.
Selepas mereka memaklumkan berasal dari Malaysia, Osman mengucapkan ‘masya-Allah’ dan menceritakan ibunya pernah memberitahu mengenai jemaah haji Malaysia.
“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.
“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Turkiye,” ujarnya.
@rarecation Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation
Katanya lagi, dia memiliki ramai rakan Muslim dari negara Arab lain seperti Jordan dan Lubnan yang memuji Muslim di Turkiye lebih baik daripada mereka.
“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelasnya.
Perkongsian video itu dihujani komen netizen, rata-ratanya merasa bangga dengan pujian yang diterima oleh peniaga Turkiye.
Sementara itu, netizen berpandangan ini disebabkan budaya rakyat Malaysia yang mandi dua kali sehari menjadikan badan tidak berbau berbanding dengan jemaah lain.
Alhamdulillah, teruskan tunjuk adab dan budaya baik kita!
Sumber: TikTok