in

Masukkan Arang Dalam Kopi, Peniaga ‘Kopi Joss’ Berdepan Denda RM10,000 – KKM

Ft Kopi Joss Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak kiralah korang meminati kopi jenis yang macam mana, pastinya korang setuju yang hari ini terdapat banyak kafe mahupun peniaga kecil yang menawarkan minuman berkenaan dengan pelbagai konsep yang unik dan kreatif.

Baru-baru ini, ada peniaga mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) gara-gara menawarkan ‘air kopi joss’ seperti yang terkenal di Yogyakarta.


Trend ‘air kopi joss’ itu merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan ianya menurut laporan, mana-mana pengusaha premis yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Arang tidak dikategorikan sebagai makanan” – KKM

Screenshot 2023 11 21 11 06 11 99 514792691

Untuk pengetahuan, kopi yang sedia diminum adalah dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dalam peraturan tersebut, ia hanya membernarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa, madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan.

Kenyataan itu dikeluarkan KKM ketika mengulas trend meminum kopi yang dimasukkan dengan bara arang di sebuah kedai makan dan perkara tersebut telah menjadi perdebatan netizen di media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, ianya berlaku kerana ada dakwaan kononnya kopi yang dimasukkan dengan bara arang atau dipanggil “Kopi Joss” di Indonesia itu mempunyai keunikan rasa tersendiri selain ia dikatakan juga sebagai cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Image 2023 11 27 113124089

Pun begitu, pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan mereka yang meminum minuman berkenaan kerana ia boleh mengundang kesan buruk ke atas kesihatan seperti kanser berikutan sifat karsinogenik serta sekiranya ia diambil secara kerap untuk tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan usus tersumbat.

Artikel berkaitan : Bukan Kopi T20 Tapi Sedap Giler! Ini 5 Brand Kopi Lokal Yang Korang Kena Cuba

Artikel berkaitan : Banyak Rupanya Khasiat Halia! Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan, Redakan Senggugut!

Menurut KKM, arang panas (bara arang) yang dimasukkan terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang yang diaktifkan yang lazimnya digunakan dalam industri makanan kerana ia sudah diproses dan ditulenkan. Ini sekali gus membuatkan ia selamat digunakan.

Walaupun begitu, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang tular tersebut tidak dapat dipastikan sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana ia berkemungkinan mempunyai benda asing atau toksik lain.

Sebagai langkah pemantauan, pihak KKM akan menjalankan siasatan setelah menerima maklumat lengkap mengenai premis yang ditularkan.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.