in

Mass DNA Screening Akan Dilakukan Bagi Mengesan Pembunuh – Ketua Polis Selangor

3polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan baru-baru ini mengemparkan seluruh negara. Walaupun mangsa telah selamat dikebumikan, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mencari pembunuh kanak-kanak itu.

Terkini, pihak polis akan menjalankan proses saringan ujian DNA beramai-ramai atau Mass DNA Screening bagi mengesan pembunuh.


Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, polis sudah menghantar bahan bukti yang diperoleh semasa bedah siasat ke Jabatan Kimia bagi mendapatkan maklumat forensik.

Screenshot 2023 12 09 at 4.29.03 PM 1

Artikel berkaitan: “Tiada sebarang unsur penderaan pada tubuhnya”- Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera

Artikel berkaitan: Diminta Buat DNA Kerana Muka Anak Tak Sama, Ryzal DurianKimchi Nak Saman Netizen?

“Ini bagi mendapatkan cap jari, DNA dan kita juga akan mulakan satu proses ‘mass DNA screening’ (saringan DNA beramai-ramai) yang boleh membantu polis dalam mengesan mereka yang terlibat,” katanya.

Tambah Hussien, pembunuhan kanak-kanak berusia 6 tahun itu bukan suatu kes straight-forward. Berikutan itu, pihak polis perlu mengumpul lebih banyak maklumat dan bukti bagi mengenalpasti pelaku.

Siasatan polis dalam kes ini akan merangkumi dua fasa. Fasa pertama akan membabitkan usaha mencari dan mengumpul bukti fizikal di lokasi serta kawasan berhampiran kejadian.

Manakala, fasa kedua pula ialah soalan dan pencarian dari rumah ke rumah di kesemua 18 blok melibatkan sekitar 2,400 kediaman.

Screenshot 2023 12 09 at 4.30.02 PM

Usaha di fasa kedua ini telah bermula sejak semalam sehingga pagi tadi melibatkan 3 blok dan selebihnya masih diteruskan sehingga selesai.

Untuk rekod, pemergian yang menyayat hati kanak-kanak autistik ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.