in

“Masih trauma” – Isteri Suspek Tembakan Di KLIA1 Bersuara, ‘Bodyguard’ Masih Tak Sedarkan Diri

Isteri Suspek Tembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie akhirnya bersuara susulan kejadian kecoh semalam.

Menerusi hantaran yang di muat naik di Facebook rasminya, Farah memohon maaf kerana tidak sempat untuk membalas hantaran mesej kerana masih trauma dengan insiden yang berlaku.


“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata,” katanya.

Dalam pada itu, dia yang sudah meletak jawatan sebagai CEO syarikat agensi pelancongan meminta orang ramai untuk mendoakan pengawal peribadi yang dikenali sebagai Along diberikan kesembuhan.

Artikel berkaitan: Pengawal Peribadi Mangsa Tembakan Di KLIA Terpaksa Ditidurkan

Artikel berkaitan: Kes Tembakan Di KLIA 1: Polis Minta Hafizul Harawi Serah Diri Secara Aman

Difahamkan, pengawal peribadi yang bernama Muhammmad Nur Hadith masih tidak sedarkan diri selepas terkena tembakan tempoh hari.

Screenshot 2024 04 15 102112

Perkongsian itu dibuat kira-kira 10 jam selepas Farah Cie memaklumkan dia dinasihatkan oleh peguam agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian tembakan yang berlaku.

Jelasnya, orang ramai diminta merujuk pada kenyataan rasmi pihak polis untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes tersebut.

Screenshot 2024 04 15 102714

Rakan dedah Along tak sepatutnya bekerja semalam

Mengulas lanjut, rakan kepada Muhammad Nur Hadith mendedahkan dia tidak sepatutnya bekerja semalam.

Katanya, sepatutnya yang bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri.

Mengenai keadaan terkini Muhammad Nur Hadith, dia kini ditidurkan bagi menghentikan pendarahan di perut.

Menurut sumber, pada ketika itu dia ditugaskan sebagai pengiring tanpa memegang apa-apa senjata bagi mempertahankan diri.

Sumber: Facebook, Harian Metro (1), (2)

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.