Orang Kelainan Upaya (OKU) ini merupakan golongan masyarakat yang perlu dijaga dengan rapi serta diambil berat mengenai mereka.
Terbaru, satu video tular di media sosial memaparkan seorang OKU wanita yang mempunyai kesukaran berjalan dihantar ke rumah kebajikan seorang diri.
Artikel berkaitan: “Tuhan dah bagi tubuh badan, kena hargai” – Luahan Pak Cik OKU Jual Lukisan Undang Sebak
Artikel berkaitan: “Saya sedih semua orang benci saya” – Hampir 7 Tahun Tak Berjumpa, Lelaki OKU Luah Rindu Keluarga
@budakjahathenrygurney ♬ bunyi asal – budakjahathenrygurney – budakjahathenrygurney
Dalam video yang dikongsikan oleh @budakjahathenrygurney di TikTok itu, difahamkan wanita bernama Wani itu dihantar oleh pihak polis ke rumah berkenaan seorang diri.
Wanita itu yang kelihatan masih muda seakan terpinga-pinga apabila dihantar ke situ, namun perkara pertama yang ditanyakan olehnya kepada penjaga rumah itu ialah di mana dia boleh menunaikan solat.
Daripada video itu, difahamkan wanita itu berasal dari Perak dan mempunyai ibu bapa namun ibunya meninggalkan dia di Chow Kit, Kuala Lumpur untuk meminta sedekah.
Ketika ditanya beberapa soalan, Wani hanya tersenyum dan menjawab dengan tenang, dia juga ada menyebut tentang bapanya namun tidak tahu cara untuk menghubunginya.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak berkenaan wanita OKU ini.
Semoga Wani sentiasa selamat…
Sumber: TikTok