in

“Masih belum dapat apa-apa arahan” – Pengurus Dakwa Ustaz Don Tak Tahu ‘Direhatkan’ Dari Program

Ustaz Don Tak Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sebentar tadi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang mana pihaknya telah ‘merehatkan’ pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal daripada sebuah program di RTM ekoran beberapa kontroversi yang melibatkannya.

Bagaimanapun, menerusi laporan mStar, Ustaz Don difahamkan tidak dimaklumkan mengenai keputusan direhatkan daripada terus mengendalikan program Salam Baitullah.


Perkara itu disampaikan oleh pengurusnya iaitu Ana yang memberitahu, pihaknya masih menanti arahan secara rasmi daripda pihak produksi.

Artikel berkaitan: Mahu Elak Perbalahan Berpanjangan, RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Dari Program

Artikel berkaitan: “Kerap merepek dan baca hadis palsu” – Pensyarah Dakwa Ustaz Selebriti Suka ‘Melalut’ Ketika Berdakwah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakhrul UNIC ™️ (@fakhrulunic)

“Setakat ini kami masih belum dapat apa-apa arahan. Biasalah media akan keluar dulu perkara itu.

“Kami akan tunggu dulu dan kalau perlu kami keluarkan kenyataan secara rasmi.

“Pihak kami pun tak mahu melebihi RTM jadi kami tunggu dahulu jawapan pihak mereka,” katanya.

Sementara itu, Ana enggan mengulas mengenai isu Ustaz Don ketika ini yang mana ada desakan meminta pendakwah itu membuat permohonan maaf secara terbuka susulan berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan cerita dan hadis palsu.

“Netizen meminta penjelasan daripadanya, jadi dia lebih sesuai jawab perkara itu.

“Kami selesaikan dulu dengan RTM kemudian baru fikir tindakan yang lebih sesuai,” jelasnya.

Difahamkan, Datuk Suhaimi mengambil langkah merehatkan pendakwah terbabit bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.