Seiring dengan peredaran zaman, kita dapat menyaksikan perubahan dalam mengendalikan sesuatu perkara, tak kira dari apa-apa aspek sekalipun termasuklah pendekatan seorang pendidik dalam mengajar anak muridnya di kelas.
Misalnya, kalau dulu gunakan pendekatan ketegasan, iaitu merotan, memarahi dan denda untuk mengajar murid jika buat silap, tetapi kini, lebih ke arah psikologi iaitu komunikasi dan interaksi.
Bagaimanapun, kaedah ini tidaklah untuk menjatuhkan, cukup hanya untuk beri peringatan bukan tempat untuk melepas geram.
Murid darjah 1 takut masuk kelas
Viral di TikTok apabila seorang wanita terkilan selepas dia mendengar sesi pembelajaran anak buahnya yang baru sahaja darjah 1.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Sapikha, anak buahnya itu selalu ketakutan untuk masuk ke kelas satu mata pelajaran ini. Dia terdengar cikgu tersebut memaki hamun, menjatuhkan maruah dan memalukan anak buahnya hanya kerana jawab salah.
Menurut Sapikha lagi, apa yang ditengking itu adalah berkenaan dengan perkara yang tak perlu dan lebih kearah untuk menjatuhkan air muka pelajar.
https://www.tiktok.com/@sapikhaa/video/7156682773590232347?_r=1&_t=8WnkBVaFr29&is_from_webapp=v1&item_id=7156682773590232347
Menurut Sapikha lagi, guru tersebut hanya membebel dan mengeluh. Baginya lagi, seandainya anak buahnya merupakan murid yang agak lemah, ada kaedah lain untuk membimbing, bukannya kaedah begini.
https://www.tiktok.com/@sapikhaa/video/7156877777671638299?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Lebih teruk lagi, Sapikha kongsikan bahawa ada pelajar lain yang cuba nak tolong ajar dia, tetapi cikgu tak bagi malah dia hina dan herdik lagi.
Bagaimanapun, Sapikha menyatakan bahawa dia faham cikgu tersebut mahu melatih pelajar ini untuk lakukannya sendiri tapi kaedah dan caranya itu tidak kena pada acuannya.
“Pelajar ni tak faham, dan cikgu pun well aware pelajar ni tak tahu & tak faham. Tapi cikgu memilih untuk buang masa menghina & memalukan pelajar instead of mengajar selaras dengan pedagogy yg disarankan untuk pelajar level “Beginner” ini.”
“Walaupun tak faham macam mana nak siapkan kerja yang cikgu bagi, boleh nampak pelajar ni cuba salin dan lengkapkan buku. Bukan berborak, bermain atau berlari dalam kelas.”
https://www.tiktok.com/@sapikhaa/video/7157092403218746650?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Hurm, kalau kita dengar pun, memang agak harsh juga lah untuk pelajar darjah satu. Mungkin zaman kita ok tapi sekarang ni tak valid, murid lagi rasa down.
Baca : “Cikgu Fadli bernasib baik, menjelang PRU isu ni meletup” – Dr Maszlee