in

“Masa tak kawin elok je bertepuk tampar” – Netizen ‘Bitter’ Lihat Nadzmi & Ardell Malu-Malu Sarung Cincin Kahwin?

Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari kawan baik menjadi pasangan suami isteri, ramai netizen kat luar sana kagum sangat dengan pasangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang baru melangsungkan perkahwinan pada Ahad lepas.

Malah video perkahwinan mereka ketika Nadzmi menyarungkan cincin pada jari manis Ardell juga viral kerana ramai yang menganggap ia terlalu ‘bersemut’ di Twitter. Aww kemain! 


 

“Masa tak kahwin elok je bergambar rapat duduk sebelah-sebelah siap bertepuk tampar semua. Alih-alih masa nikah…. udah malu-malu” 

Dalam banyak-banyak komen memuji dan ‘adore’ sangat dengan pasangan ini, nampaknya ada juga yang tak puas hati dengan cara pasangan ni berinteraksi semasa majlis pernikahan tersebut.

Menurut seorang netizen di Twitter, Ardell dan Nadzmi sebelum ini elok saja bertepuk tampar dan bergambar berdua bersama di dalam kereta. Kenapa pulak bila lepas nikah dan sudah halal, jadi malu-malu tak tentu pasal? Ops… min no komen eh! 

Ardelnadzmi
sumber: twitter

Berikut video kemesraan Nadzmi dan Ardell yang jadi perbualan netizen ramai. Video ni diambil lebih kurang setahun sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

 

“Biarlah dia nak malu ke, menggigil nak salam pasangan dia. Masuk alam perkahwinan ni lain sebab…” 

Namun komen-komen mengecam Ardell dan Nadzmi ini dipatahkan oleh netizen yang berpendapat pasangan ini telah melalui macam-macam dugaan. Malah masa bercinta tak sama dengan masa berkahwin.

Pasangan ni mungkin gemuruh sebab perkahwinan ni ada banyak tanggungjawab yang mereka perlu pikul. Bukan macam zaman bercinta dulu.

Kkk
sumber: twitter

Apa-apapun admin rasa lebih elok kita doakan perkara yang baik-baik buat pasangan yang baru bernikah ni. Kalau tak ada perkara yang elok untuk dikatakan, lebih kita mendiamkan diri. Selamat pengantin baru Ardell dan Nadzmi! 

Baca: “Kenapa tak boleh respek penghijrahan saya?” – Pelakon Masih Diganggu Golongan Sejenis

Ardel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.