Seorang ibu terkejut apabila menyedari baju tidur anaknya yang baru dibeli rupa-rupanya mempunyai corak yang tidak senonoh iaitu corak badan wanita.
Memetik laporan Kosmo, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Anis Syahirah Anis mengatakan dia telah membeli baju tidur bewarna hitam dengan corak berkenaan berkenaan di sebuah kedai borong di ibu negara.
Menurut wanita itu, ketika di kedai baju itu, dia tidak perasan corak baju itu tidak sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana menyangkakan corak itu hanyalah daun berjalar.
Namun, setelah dia dan anaknya pulang ke rumah, anaknya terus memakai baju baru itu dan anaknya baru perasan bahawa corak itu sebenarnya tidak baik.
Dia turut mempersoalkan bagaimana kedai baju itu boleh menjual baju kanak-kanak dengan corak yang tidak senonoh itu kerana khuatir ia akan merosakkan minda anak-anak.
Difahamkan, saiz baju tidur yang dibeli itu adalah untuk budak berusia satu hingga 12 tahun.
Dia juga mempersoalkan apakah niat pengilang baju yang menghasilkan baju tidur itu mahu merosakkan minda si kecil.
Kebanyakan warganet turut terkejut dan mengecam tindakan pengilang baju itu kerana tak sepatutnya corak gambar itu dijadikan hiasan untuk baju kanak-kanak.
Selain itu, netizen lain juga menasihati ibu bapa agar lebih peka tentang hiasan atau tulisan pada baju anak terutamanya jika ada tulisan yang boleh merosakkan akidah kanak-kanak Muslim.
Sumber: Kosmo