Macam yang korang tahu, Malaysia telah menetapkan tarikh mengundi bagi Pilihanraya Umum 15 (PRU15) akan datang pada 19 November nanti.
Dengan penetapan tarikh ini, dah tentunya ramai yang dah mula merancang untuk pulang mengundi kan? Lagi-lagi yang duduk jauh tu.
Baru-baru ini, Malaysia Airlines (MAS) telah memperkenalkan promosi “Jom Balik Mengundi” dengan memberikan tawaran diskaun sebanyak 20 peratus tiket penerbangan kepada pengundi yang mahu balik ke kampung dan mengundi.
Kalau korang tercari-cari tiket penerbangan, mulai sekarang sampai 19 November ini korang boleh dapatkan 20% diskaun untuk semua penerbangan di dalam Malaysia.
Menurut MAS, promosi ini adalah sebagai kempen untuk menggalakkan orang ramai pulang mengundi bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, promosi ini adalah untuk kedua-dua kelas ekonomi dan perniagaan dan tempoh perjalanan adalah dari 11 November sehingga 27 November 2022.
Dari Kuala Lumpur ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, harga tiket akan bermula dari RM104.18 untuk kelas ekonomi manakala dari Kuala Lumpur ke Borneo bermula dari RM164.64. Korang boleh semak laman web rasmi MAS untuk butiran lengkap.
Selain MAS, syarikat penerbangan seperti Firefly juga turut meminta agar rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman untuk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Haa macam okay jugak ni kalau nak flight, takdelah penat sangat nak hadap jam kan?