in

“Mas kahwin satu set alat sekolah”- [VIDEO] Tetamu Terhibur Lihat Bapa Pengantin Perempuan Tersasul Ketika Akad Nikah Anak

F3 Bapa Pengantin Perempuan Tersasul Ketika Akad Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan gementar dan pasangan yang bakal berkahwin memang tidak dapat dipisahkan. Berdebar-debar je hati ni ketika majlis akad nikah sebab takut kalau majlis tak berjalan dengan lancar kan.

Namun, bapa kepada pengantin perempuan di Indonesia itu pula tersasul sebut mas kahwin anaknya ketika majlis akad nikah, mungkin sebab terlalu nervous.


7 4

Dalam video yang tular baru-baru ini di TikTok, bapa pengantin perempuan itu dilihat sedang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki pilihannya.

Walau bagaimanapun, bapa pengantin tersasul menyebut satu set alat sekolah sebagai mas kahwin anaknya itu, sedangkan mas kahwin yang sebenar ialah satu set alat solat.

@kurirgunung

Pakde ki anake malah dikon sekolah meneh 😅😅

♬ suara asli – CokNan – CokNan

Mungkin sebab sebutan sekolah dan solat tu macam hampir sama apabila disebut, tu yang tersasul tu kan, lebih-lebih lagi bila kita tengah berdebar. 

Artikel Berkaitan: “Ramai gadis heartbroken”- Putera Mateen Bakal Berkahwin Dengan Pilihan Hati Januari 2024

Artikel Berkaitan: [Video] Wali Tersasul Sebut Nama Kembar, Pengantin Perempuan Siap ‘Kipas’ Tangan Ketika Akad Nikah

Saudara Chandra Bachtiar, saya kahwinkan kamu dengan anak saya, yang bernama Tria Anawati dengan mas kahwin seperangkat alat sekolah, eh solat,” ujarnya.

Kesilapan bapa pengantin itu telah membuatkan tetamu majlis dan pengantin sendiri tergelak kerana terhibur dengan gelagat bapa pengantin yang tersalah sebut mas kahwin.

8 1 1

Mesti berkurang nervous pengantin lelaki sebab dia sendiri pun gelak besar. 

Sumber: TikTok @kurirgunung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.