Hari ini, kita digemparkan dengan berita seorang pelakon senior iaitu Aman Graseka yang dikatakan sedang hidup susah dan meminta pertolongan awam serta rakan-rakan artis yang lain.
Perkara itu baru sahaja diketahui oleh bekas isterinya iaitu penyanyi genre dangdut tempatan iaitu Mas Idayu.
Artikel berkaitan: “Isteri dia yang tak bagi shooting” – Didakwa Hidup Susah, Ellie Suriaty ‘Spill Tea’ Pasal Aman Graseka
Artikel berkaitan: Mas Idayu ‘Kunci’ Mulut, Tak Mahu Komen Persembahan Sissy Imann & Naim Daniel
Menurut laporan mStar, Mas Idayu atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun berkata dia amat terkejut dengan berita itu memandangkan dia tidak berhubung dengan bekas suaminya itu baik dalam telefon atau media sosial.
“Saya pun terkejut dan baru tahu tentang berita Aman meminta bantuan orang ramai, sejujurnya saya tak tahu pun kisahnya.
Kalau dia nak minta tolong, kenapa dia tak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang malu sendiri.
Dia juga boleh minta tolong keluarga, adik beradik dia, kalau betullah dia susah,” katanya.
Selain itu, pelantun lagu Goyang Bali itu memberitahu nombor telefon dan semua akaun media sosial anaknya juga turut disekat.
Mas Idayu juga berkongsi dia amat mengenali bekas suaminya itu dan dia bukanlah seorang yang suka meminta-minta malah Mas Idayu yakin bahawa bukan Aman yang meminta bantuan orang ramai.
Dia turut meluahkan rasa simpati kepada bekas suaminya itu namun dia berharap agar Aman sentiasa bermuhasabah diri serta mengenang kesilapannya yang lalu.
Sebagai info, Aman dan Mas Idayu berkahwin pada 1997 dan dikurniakan seorang anak perempuan sebelum kedua-dua mereka bercerai pada tahun 2006.
Kini, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya iaitu Nurul Amrina dan mempunyai dua orang anak lelaki bersama.
Sumber: mStar