Selepas 5 tahun memeluk Islam, Maryam You Narae atau lebih mesra dengan panggilan Maryam Duriankimchi tak dapat menahan rasa terharu apabila dapat menikmati keindahan Islam dengan lebih lagi dengan mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali pada hujung Februari ini.
Jelas Maryam, dia sudah memasang niat untuk ke Tanah Suci Makkah sejak setahun lalu namun terpaksa pendam kerana ada beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.
Artikel berkaitan : “Dia lebih tertutup dari saya” – Maryam DurianKimchi Cerita Detik Ibu Tertarik Dengan Islam
Artikel berkaitan : “Ramai ingat tudung ni satu paksaan” – Maryam ‘DurianKimchi’ Kongsi Kisah Berhijrah
Bagaimanapun, dia tidak menyangka yang Ryzal Ibrahim memberikan kejutan pakej umrah sempena hari jadinya pada 19 Februari.
“Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.”
“Sepanjang tahun lalu saya dan Ryzal mencari masa untuk kesana tapi tertunda sebab fikirkan anaknya dan ada kerja perlu diselesaikan.”
Jelas Maryam kepada mStar lagi, pada mulanya dia kurang faham tujuan sebenar umat Islam kerjakan ibadah umrah namun padangannya mula berubah selepas melahirkan anaknya yang berusia 3 tahun.
Jelas Maryam lagi, dia mula belajar menutup aurat dengan sempurna malah perniagaan khimar juga merupakan salah satu proses.
@ryzalibrhm Maryam menangis dapat hadiah birthday ke Umrah
“Selepas bersalin dan lihat Rina membesar dan ramai orang terdekat pergi umrah, jadi hati saya berubah.”
“Hati saya rasa nak balik dan rindu, tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam tu.”
“Tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana.”
Dalam pada itu, dia juga berhajat untuk membawa seorang peminatnya untuk sama-sama mengerjakan umrah di Makkah.
Maryam berkata, ia sebagi tanda terima kasih atas sokongan mereka yang sehingga dia dan suami berada di tahap sekarang.