Pada 20 Mac 1899, satu hukuman luar biasa telah dijalankan di Penjara Sing Sing di New York. Penjara ini telah pun menjalankan hukuman ini terhadap 11 orang lelaki sebelum ini, tapi kali ini mereka perlu menjalankan hukuman terhadap seorang wanita yang disabitkan dengan kesalahan membunuh.
Martha Place merupakan wanita pertama yang mati di atas kerusi elektrik selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya gara-gara cemburu.
Walaupun ramai yang berpuas hati dengan hukuman yang diterima oleh Martha ini, pegawai-pegawai penjara yang melaksanakan hukuman tersebut telah mengalami beberapa masalah. Mereka tak pasti macam mana nak letakkan rambut wanita yang tebal dan panjang ini serta bagaimana untuk menjaga kesopanannya ketika meletakkan alat elektronik di bahagian buku lalinya.
Ini merupakan kisah Martha Place iaitu wanita pertama dalam sejarah yang dikenakan hukuman mati dengan kerusi elektrik.
Nasib malang Martha Place

Dilahirkan pada 18 September 1849, Martha Place telah membesar di Millstone, New Jersey. Kehidupannya mula berubah menjadi buruk ketika dia berusia 23 tahun apabila papan luncur yang sedang bergerak telah melanggar kepalanya. Menurut abang Martha, wanita ini tak pernah pulih dari kecederaan yang dialaminya.
Nasib malang Martha mula melanda dirinya. Walaupun dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, suaminya telah mengabaikan keluarganya dan kemudiannya meninggal dunia menyebabkan Martha terpaksa memberikan anak tunggalnya ini kepada orang lain.
Martha kemudiannya telah bekerja sebagai pembantu rumah di Brooklyn untuk seorang duda bernama William Place. Kedua-duanya ini kemudiannya berkahwin sekaligus menjadikan Martha ibu tiri kepada anak perempuan William, Ida. Namun begitu, wanita ini tak bahagia, dia sering merasa cemburu dengan anak tirinya sendiri.
Dia merasakan suaminya sayang anaknya lebih dari dia dan rasa cemburunya ini kemudian berubah menjadi benci. Apabila kanak-kanak itu membesar menjadi seorang wanita yang cantik dan berbeza tingkah laku darinya, kebencian tersebut menjadi lebih teruk.” – Pendakwa Raya.
Pembunuhan tragik Ida Place
Pada awal pagi 7 Februari 1898, satu pertengkaran telah berlaku di antara William dan Martha, Ida telah memihak kepada bapanya. Ekoran ini, bila William keluar bekerja, Martha mula menyerang Ida.
Anak perempuannya memihak kepada bapanya seperti biasa dan hempaskan pintu biliknya di muka saya bila saya bercakap dengannya. Ini membuatkan saya marah jadi saya ambil asid dari meja suami saya dan campakkan ke mukanya.” – Martha.
Menurut Martha, selepas dia mencampak asid tersebut dia telah meninggalkan Ida di biliknya. Namun laporan bedah siasat menunjukkan bahawa Martha telah meneruskan serangan terhadap Ida.
Ketika Ida sedang menahan kesakitan ekoran asid yang dilempar ke arahnya, doktor mengesyaki Martha telah menggunakan alas katil untuk melemaskan Ida.
Tak cukup dengan itu, Martha telah mengambil sebilah kapak dan menunggu suaminya pulang ke rumah.
Saya takut dia akan serang saya. Jadi, saya bawa kapak tersebut untuk naik ke atas dan bila suami saya masuk ke bilik, saya serangnya dengan kapak tersebut.” – Martha.
Dalam keadaan cedera, William berjaya keluar dari rumahnya dan meminta pertolongan sementara Martha telah berlari ke dapur dan cuba untuk membunuh diri dengan menghidupkan gas. Namun begitu, pihak polis sempat sampai ke rumah dan menangkapnya.
Perbicaraan Martha Place

Julai pada tahun yang sama, wartawan telah menumpukan perhatian terhadap perbicaraan Martha dan kebanyakan dari mereka melaporkan bahawa wanita ini mempunyai muka yang tidak menyenangkan.
Malah, The New York Times pada ketika itu mengatakan muka Martha langsung tak berubah sepanjang perbicaraan kecuali apabila suaminya memberikan keterangan di mana wanita ini telah tersenyum sinis sambil memandang tepat ke arah William. Sherammmm
Akhirnya, Martha telah didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman mati. Peguamnya sempat bertemu dengan gabenor New York pada ketika itu, Theodoree dengan harapan agar hukuman wanita tersebut diringankan namun Theodore menolak.
Simpati saya pada kes jenayah adalah kepada mangsa dan bukan kepada pelaku.” – Theodore Roosevelt.
Hukuman Martha pada ketika itu lebih sensasi daripada perbicaraannya ekoran hukuman mati menggunakan kerusi elektrik pada ketika itu adalah merupakan hukuman yang dikira masih baharu. Namun begitu, tak ada wanita yang pernah dihukum dengan kerusi elektrik sebelum Martha Place.
Hukuman mati Martha Place

Pada tahun 1899, kerusi elektrik telah digunakan sebanyak 11 kali di New York dan kesemuanya untuk penjenayah lelaki.
Oleh kerana kerusi elektrik tak pernah digunakan kepada wanita, didakwa Martha Place percaya bahawa hukumannya itu akan ditarik balik pada saat-saat akhir. Namun bila Theodore menolak untuk ringankan hukumannya dia terkejut.
Pada 20 Mac 1899, Martha yang mengenakan dress labuh berwarna hitam yang dibuatnya sendiri telah pergi ke bilik hukuman. Di sana, jantina Martha telah menimbulkan beberapa kesulitan oleh pegawai-pegawai penjara.
Rambutnya yang panjang dan tebal terpaksa disepit supaya alat elektrod dapat diletakkan di dahinya dan skirt panjangnya perlu dipotong supaya alat elektrod dapat diletakkan di buku lali tanpa mendedahkan kakinya.

Selepas berjaya diikat pada kerusi, Martha telah memberikan kata-kata terakhir meminta agar tuhan menolongnya sebelum volt sebanyak 1760 dialirkan ke dalam badannya dan wanita ini mati beberapa saat kemudian di usia 49 tahun.
Dengan kematian Martha ini, dia bukan sahaja dikenali sebagai wanita yang membunuh anak tirinya ekoran cemburu malah dia telah mencipta sejarah penting dengan menjadi wanita pertama yang menerima hukuman mati dengan kerusi elektrik di dunia.
Sumber: ati
Baca: The Stoning of Soraya M: Kisah Wanita Dihukum Mati Sebab Difitnah Suami Sendiri

