in

“Mari aku saman dia” – Peguam ‘Kotak Pensel’ Mahu Bantu Ibu Bapa Adik Adham, Bakal Saman Pihak Terlibat

peguam zaharil bantu adik adham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang terkenal dengan kes ‘kotak pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar telah menyuarakan hasrat untuk membantu keluarga adik Muhammad Adham Mikail yang jenazahnya dibekukan selama dua minggu di sebuah hospital kerana bapanya gagal menjelaskan kos rawatan.

Menurut keratan video yang tular di TikTok, Ahmad Zaharil telah meminta ibu bapa kepada arwah adik Adham untuk berjumpa dengannya supaya dia boleh mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.


@nazz_phg

Alhamdulillah lawyer Dato Zaharil nak tolong mak ayah baby adham.. Semoga ada pembelaan buat mak ayah baby adham & segala urusan dipermudahkan. Aamiin ? #justiceforbabyadham #babyadham #lawyerkotakpensil #datoahmadzaharil #fyp #foryoupage #fypviral

♬ original sound – ?N.a.Z.z_06? – ?N.a.Z.z_06?

Suruh bapa atau ibu dia (arwah adik Adham) jumpa aku, mari aku saman dia. 

“Kenapa kau (pihak hospital) simpan aku punya anak guam? Apa hak kau terhadap anak guam aku? Apa undang-undang kau pakai? 

“Kau pakai agreement, agreement itu adalah bukti dia pernah datang tetapi apabila dia tak bayar, itu criminal element. Mengapa kau buat tindakan sendiri, kenapa tak bawa ke balai polis Klang?” katanya.

Tambah Ahmad Zaharil lagi, dia marah dengan tindakan hospital yang tergamak membekukan jenazah bayi itu yang sudah meninggal dunia pada 24 November lalu berbanding memudahkan urusan ibu bapa arwah untuk kebumikan jenazah bayi mereka.

Dua minggu dia simpan, sepatutnya tak perlu simpan sebab Adham Mikail sudah meninggal.

“Kalau korang jumpa, bawa ibu bapa arwah jumpa aku. Aku mesti akan failkan (saman),” katanya.

Artikel berkaitan: “Sijil nikah ori kami dah lihat” – Pengurus Jenazah Bayi Dibekukan Dakwa Hospital Manupulasi Cerita

Artikel berkaitan: “Dia tidak berkahwin” – Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Isu Jenazah Bayi Dibekukan

“Terima kasih banyak-banyak Datuk Zaharil” 

Video itu menerima komen positif daripada netizen memuji niat peguam tersebut ingin membantu keluarga adik Adham.

zaharil

Pihak Mr Wan Cai juga telah mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zaharil dalam postingnya di Facebook kerana sudi membantu ibu bapa bayi Adham mendapatkan keadilan.

Apa-apapun kita tunggulah perkembangan seterusnya berkaitan kes ini. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.