Entah apalah masalah orang zaman sekarang ni. Makin lama makin bersikap kejam dan tidak berhati perut sampai tergamak bakar gelandangan yang sedang tidur!
Menurut Mirror, sebuah video mengerikan telah tersebar di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki tergamak mencurah minyak kepada dua orang imigran gelandangan yang sedang nyenyak tidur di bawah jambatan.
Tanpa ada perasaan belas kasihan, lelaki tersebut membakar dua lelaki terbabit dan terus ‘blah’ dari tempat kejadian menaiki kereta mewah miliknya. Lihat video ni kat bawah.
Sumber: Mirror
‘Anak usahawan’ yang tak boleh tengok gelandangan tidur tepi jalan
Kejadian yang berlaku di kejiranan Mataderos, dekat Bandar Buenos Aires, Argentina ini kemudian disahkan oleh pihak polis.
Menurut siasatan, kejadian tersebut berlaku pada awal Mei ini walaupun gambar dan video terbabit mula tersebar hari ini di media sosial.
Salah seorang mangsa yang berusia 38 tahun, José Luis Pallaoro dilaporkan sedang dirawat di hospital ekoran kebakaran teruk pada badan. Manakala seorang lagi mangsa yang tidak mahu dikenali, telah pun discharged dari hospital dan mengalami kesan melecur di muka dan tangan.
Buat masa ini, pihak polis sedang memburu suspek yang merakam kejadian berkenaan. Macam manapun, seorang mekanik tempatan ada memaklumkan bahawa penyerang tu merupakan ‘anak usahawan’ yang jenis ‘tak boleh tengok gelandangan tidur tepi jalan’. Aduh apa masalah budak ni?? Spoiled kid kot!
Malah katanya lagi, mangsa yang melecur tu ‘orang baik-baik’ dan tak pernah cederakan mana-mana pihak.
Tergamak eh buat orang macam tu? Kalau kaya pun tak perlulah sampai jijik dengan semua orang.